RSS
DevArt
"Maka berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan."
(al-Baqarah, 2 : 148)
..:: ما أحلى الدين الإسلامي ::..

Wasiat Hasan Al-Banna

 

Saudaraku,
Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerusakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat. Allah swt. berfirman,

"Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu  yang mewarisi (bumi), dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Fir'aun dan Haman serta tenteranya apa yang selalu mereka khuatirkan dan mereka itu," (Al-Qashash: 5-6)

Putaran waktu akan memperlihatkan kepada kita peristiwa-peristiwa yang mengejutkan dan memberikan peluang kepada kita untuk berbuat. Dunia akan melihat bahwa dakwah kita adalah hidayah, kemenangan, dan kedamaian, yang dapat menyembuhkan umat dari rasa sakit yang tengah dideritanya. Setelah itu tibalah giliran kita untuk memimpin dunia, kerana bumi tetap akan berputar dan kejayaan itu akan kembali kepada kita. Hanya Allah-lah harapan kita satu-satunya. Bersiap dan berbuatlah, jangan menunggu datangnya esok hari, kerana bisa jadi engkau tidak bisa berbuat apa-apa di esok hari.
 
Kita memang harus menunggu putaran waktu itu, tetapi kita tidak boleh berhenti. Kita harus terus berbuat dan terus melangkah, kerana kita memang tidak mengenal kata "berhenti" dalam berjihad.

Allah swt. berfirman,

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, sungguh akan.Kami tunjukkan jalan-jalan Kami." (Al-Ankabut: 69)

Hanya Allah-lah dzat yang Maha agung, bagi-Nya segala puji.



(dirujuk daripada buku At-Thariq ilal qulub karangan Syaikh Abbas Hasan As-Siisi) 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terkini di Palestine

Israel akan meratakan 22 rumah Palestin di Baitulmuqaddis untuk membina taman

Sabtu ,16/10/2010 – Dewan bandaraya di Baitulmuqaddis yang diduduki Israel meluluskan rancangan untuk membina taman Yahudi baru di kawasan yang menempatkan 22 rumah Palestin di daerah Al-Bustan yang bakal diruntuhkan.
Dalam suepucuk surat yang diserahkan kepada perdana menteri Israel, Datuk Bandar, Nir Barakat meminta Benjamin Netanyahu untuk meluluskan rancangan ini dan mencadangkan pelancaran tiga projek awam untuk penduduk Israel di empat kawasan Palestin yang lain di Baitulmuqaddis timur.
Dewan bandaraya berniat untuk melaksanakan rancangan tersebut Jun lalu, tapi dikecam oleh Palestin dan masyarakat antarabangsa yang membuatkan Netanyahu membekukan projek taman tersebut.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

 

Kerajaan pimpinan Haneyya kritik kenyataan Abedrabbo

Sabtu ,16/10/2010 - Jurucakap kerajaan Palestin, Taher al-Nunu mengkritik hebat Yasser Abedrabbo, Setiausaha Agung Organisasi Pembebasan Palestin (PLO) yang membuat kenyataan kesediaannya mengiktiraf kewujudan kerajaan Yahudi.
Menurut Nunu, kenyataan Abedrabbo itu adalah bertentangan dengan ikrar Palestin dan kehendak rakyatnya serta boleh dianggap sebagai menikam dari belakang rakyat Palestin yang tinggal di kem-kem pelarian dan wilayah pendudukan rejim Zionis sejak 1948.
Tambah Nunu lagi, kenyataan terbaru ini mengesahkan lagi dakwaan Hamas bahawa barisan pemimpin PLO tidak boleh diberi amanah melaksanakan kepentingan rakyat Palestin ataupun mendukung aspirasi mereka, suatu yang menyebabkan perlunya menstruktur semula PLO supaya kembali kepada kepentingan rakyat dan negara Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/


Tentera rejim Zionis merayu mahkamah lanjutkan penahanan seorang remaja Palestin

Sabtu ,16/10/2010 - Mahkamah rayuan tentera rejim Zionis (IOF) pada Selasa lepas meluluskan rayuan yang dibuat oleh pihak pendakwaraya IOF, sekaligus menafikan perintah terdahulu yang dibuat oleh mahkamah tentera yang membebaskan seorang remaja lelaki Palestin berusia 15 tahun yang ditahan di penjara rejim Zionis.
Peguam Jawad Buloos, ketua unit undang-undang di bawah Persatuan Tahanan Penjara Palestin memaklumkan bahawa kes itu bermula pada 27 September apabila IOF menangkap Sayel Abu Quaider, 15, berhampiran sekolahnya di al-Khalil atas tudahan membaling batu ke arah anggota IOF.
Remaja terbabit menafikan dakwaan itu tetapi pihak IOF mendakwa bahawa remaja terbabit telah membaling seketul batu dan hanya berdasarkan kenyataan
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tanda-tanda lidah yang kotor


Menurut Imam Al-Ghazali,tanda-tanda lidah yang kotor adalah :

  • berkata-kata yang tidak berfaedah.
  • berlebih-lebihan apabila bercakap.
  • suka bercakap yang batil.
  • banyak memaki hamun.
  • suka bertengkar/bertikam lidah.
  • mencari-cari kesalahan orang lain.
  • suka mengumpat
  • bergurau secara berlebihan
  • suka mengejek dan menghina orang lain, membuka aib orang.
  • bersumpah palsu
  • memuji bukan pada tempatnya atau mengampu.
Sabda nabi s.a.w. yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah membenci kepada orang yang buruk perangai dan kotor lidahnya." (Riwayat al-Tirmizi)

Wahai saudara-saudaraku, marilah kita renungi dan nilai diri kita adakah tanda-tanda tersebut terdapat pada diri kita.

"Kerana pulut,santan binasa,
Kerana mulut, badan binasa"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perjalanan hidup..

sumber: dakwah.info
Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Penyayang

Dalam melalui kehidupan kadang-kadang terasa ke mana sebenarnya halatuju hidup ini. Bangun tidur, kerja, belajar, makan,sembahyang dan kemudian kembali tidur. Begitulah kitaran hidup kita seharian. Perkara-perkara ini menjadi rutin harian sehinggakan ia hanya sekadar menjadi adat tapi amat jauh sekali dari nilai-nilai ruhi yang mengantarkan semua ini kepada bentuk-bentuk peng'abdian kita kepada Pencipta.Hakikatnya, kemana sebenarnya kehidupan ini dilayarkan dan apakah jalan menuju ke arah tempat yang dituju? Inilah antara persoalan yang jarang difikirkan antara kita.

Ya..mungkin dengan tidak memikirkan persoalan-persoalan di atas akan menyebabkan kita merasakan hidup ini lebih bebas dan tidak rungsing.Bagi seorang muslim yang bergelar mukmin,dia sangat jelas dengan hakikat kehidupan ini. . Dia enggan dirinya daripada hanya di bawa arus yang kabur halatujunya. Firman Allah swt:

"Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai."(Ar-Rum,30:7)


Sejarah kita....

Mari sama-sama kita imbas kembali sejarah kehidupan kita, yang mana tidak tersimpan oleh memori otak kita, tetapi telah dirakamkan oleh Allah Ta'ala di dalam Al-Quran,dalam Surah Al-'Araf ayat ke 172:

"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)"


Jelas sekali sejak alam Ruh lagi kita telah melakukan penyaksian terhadap ketauhidan Allah Ta'ala. Maka ikrar ini terus digenggam oleh kita sehinggalah lahirnya kita ke dunia ini. Ibaratnya seorang Tuan membebaskan hambanya dengan syarat akan terus mengaku ketuanan tuannya tersebut. Saat demi saat,minit demi minit ,jam demi jam dan hari demi hari, masa silih berganti tetapi bagaimanakah dengan ikrar kita tadi, adakah masih tertancap kuat di dalam hati kita? Yang merisaukan kita, ikrar hanya tinggal kenangan..

Matlamat Kita

Manifestasi dari ikrar kita dan perlepasan kita ke dunia mempunyai dua matlamat yang jelas:
1. Pengabdian diri kepada Allah (51:56)
2. Menjadi khalifah di muka bumi Allah(2:30)

Jelas skali hidup ini bermatlamat, walaupun terasa adakah benar-benar hidup ini ditargetkan ke arah matalamat ini.
Walaubagaimanapun, kita perlu sentiasa bermuhasabah dalam memastikan hidup ini terarah bukannya hilang arah.
Ibarat permainan bola yang mana matlamatnya adalah menjaringkan gol dan mempunyai pemain yang bermatlamat ke arah itu..
Tetapi hakikatnya.. hidup lebih besar daripada itu, hidup sebagai seorang hamba yang bermatalamatkan redha Penciptanya.

Kita tidak dibiarkan

Ingatlah sekeras-keras ancaman-NYa, sedahsyat-dahsyat azab-Nya, sebesar-besar murka-Nya didahului dengan nama-Nya Yang Maha Penyayang, Maha Pemurah dan Maha Pengampun.

Ibarat 'engineer' mencipta robot, 'pharmacist' menyediakan ubat kepada pesakit dan 'doctor' men'diagnose' penyakit pesakitnya, ada panduannya yang tertentu,begitulah juga kehidupan ini...
Sebenarnya kita tidak dibiarkan...malah kita yang membiarkan kerana tidak mencari.
Firman Allah swt:

"Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu'min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar," (Al-Israa',17:9)

Sabdaan Rasulullah saw: "Aku tiggalkan kepadamu dua perkara tidak akan selama-lamanya kamu sesat sekiranya kamu berpegang dengan keduanya, kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya."


Ayuh kita..

Matlamat telah ditetapkan,panduan telah diberikan.Yang tinggal hanyalah kita..
Ketahuilah diri kita adalah penentu dalam hal ini, penentu dalam menentukan jalan hidup kita.
Jalan kebaikan atau jalan keburukan.. tepuk dada tanyalah iman :)

"maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya"(As-Syams,91:8-10)

To be continued..


Al-faqir ila rabbihi
mujahid cinta

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa Khabar ImanMu?

Kata imam al-Ghazali “Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran,Jika kau tidak temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat.Jika tidak ,carilah ia ketika duduk tafakur mengingati mati.Jika kau tidak ketemu juga,maka berdoalah kepada Allah pintu hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati”. 

Kaifahal Wa imanuka?

Cuba kita tanya diri kita,bagaimana keadaanya iman kita sekarang,masih lagi mantop,ataupun sudah melemah..check dulu,jangan tergopoh-gopoh

Apa jawapannya..masih tidak tahu??huhu..bahaya nie,cuba kita uji dengan persoalan ini pula..
1.adakah kamu rasa malas untuk beramal?..
2.adakah selalu meninggalkan amalan sunat serta bacaan al-quran?..
3.adakah kamu banyak melakukan amal yang lagho?..
4.adakah kamu rase lemah untuk melaksanakan tanggungjawab islam?
Erm,kalau jawapan yang kamu berikan adelah ye,ini menunjukkan kamu telah menghidap symptoms lemah iman..tenang dulu,setiap penyakit ade penawarnya,jadi anda perlu mendapatkan ubatnya..

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.”
[al-Hujurat:15]
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman[594] ialah mereka yang bila disebut nama Allah[595] gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.”
[al-Anfal:2]
[594]. Maksudnya: orang yang sempurna imannya.
[595]. Dimaksud dengan disebut nama Allah ialah: menyebut sifat-sifat yang mengagungkan dan memuliakanNya.

Berikut adelah hadith-hadith shahih yang berkaitan dengan problematika iman:

Sahabat Anas ra berkata, bahwa Rasulullah saw telah bersabda: "Tiga perkara yang apabila dimiliki oleh seseorang, maka dia akan merasakan kemanisan iman. Yakni mencintai Allah dan Rasul- Nya melebihi kecintaan kepada yang lain, mencintai orang lain semata-mata hanya mencari keridhaan Allah, dan merasa benci mengulang perbuatan maksiat sebagaimana dia merasa benci dibuang ke dalam siksa neraka." (HR. Bukhari).

Sahabat Abi Hurairah ra berkata, bahwa Rasulullah saw telah bersabda: "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri. Barangsiapa beriman pada Allah dan hari akhir, hendaklah memuliakan tetangga. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah memuliakan tamunya." (HR. Muslim).

Sahabat Anas ra berkata, bahwa Rasulullah saw telah bersabda: "Salah seorang di antara kamu belum bisa dikatakan beriman sempuma sehingga dia bisa mencintai orang lain sebagaimana mencintai diri sendiri." (HR. Bukhari).

Jangan bace je ye tapi cuba amalkan..Semoga diri mu cepat sembuh
Wallahua’lam

p/s:teringat pulak lagu raihan- iman adelah mutiara,didalam hati manusia...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Renungan buatmu wahai diri,,

Pada beberapa ketika,diri ini sering citakan perubahan baik dari segi jasmani mahupun rohani dengan tekad yg tinggi. Apabila berlalu 1 tempoh masa,diri ini sepertimana sediakala.tatkala datang 1 peristiwa yang memberi tamparan hebat kepada diri, ketika itulah diri merasa perlunya berubah. Selang beberapa ketika, diri kembali seperti sebelumnya,diri yang lalai lagi leka dengan buaian duniawi serta komitmen kerja yang hancur dengan keutamaan yang diabaikan,baik duniawi mahupun ukhrawi..
..Adakah sanggup biarkan diri sedemikian rupa dengan hanya menunggu masa untuk berubah? Atau,tegarkan berpaling dari jalan yang benar hanya berkeinginan kepada dunia yang juga kampung penipuan??Sedarkan engkau wahai diri,tidaklah engkau kcuali makhluk pencipta yang diamanahkan yang memegang tampuk khilafah di muka bumi yg sementara ini.Engkaulah juga yang menghendaki amanah itu,yang mana tak sanggup dipikulnya makhluk-makhluk yang lain, ttapi..apa yang telah engkau lakukan??engkaulah yang merosakkan ala mini dengan tangan-tanganmu. Pencemaran, kemusnahan, pertumpahan darah, pembunuhan jiwa-jiwa yang tidak berdosa telah engkau lakukan..
..Sedarkah engkau bahawa jasad yang kau miliki,nikmat pancaindera yang kau kecapi,hanyalah pinjaman semata. Engkau tiada apa-apa. Jikalau tak dikirimkan ruh,engkau tidak ubah seperti pokok-pokok yang ditebang.lihatlah engkau akan jasad yang dikuburkan, itulah yang bakal kau susuri suatu masa nanti.tidakkah engkau takut akan azab neraka Tuhanmu yang mana kesakitannya, keperitannya, kedahsyatannya serta ketakutan tidak pernah engkau bayangkan dalam isi fikiranmu??..
..Yakinlah bahawa setiap kesusahan itu, terselit padanya kemudahan & sebaliknya. Hakikatnya, masih panjang lagi destinasi yang perlu dituju. Teruskan berjuang meskipun jalan yang dilalui penuh dengan onak dan duri, dipancari sinaran terik matahari, diwarnai dengan caci dan maki. Jikalau perlu, berjuanglah hingga terbayar jiwamu dengan syurga-Nya yang kekal abadi..
..Ketahuilah bahawa Dialah Sang Pencipta yang menjadikan segala yang tak mungkin kepada mungkin terjadi dan sebaliknya..Janganlah nafsu dipertuankan, akal diutamakan, panduan hidup yang penuh hikmah, juga rahmat seluruh alam diabaikan. Sebaliknya kembali kepada fitrah kerana di situlah wujudnya cinta yang kekal abadi,bukan berbelah bagi lagi diragui,iaitu cinta Ilahi..
..Ketahuilah, bahawa diri ini diilhami dengan 2 jalan, iaitu taqwa dan binasa. Tentukanlah pilihan melalui pertimbangan akal yang sihat, bukan keparat. Mudah-mudahan karya seni perjuangan serta tenaga padumu dipersembahkan di jalan ini, jalan dakwah yang tidak kenal erti lelah dan jemu serta keadaan yang serba tidak menentu.moga diri sentiasa bernaung di bawah redho Ilahi.
~Amin~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Blog dan Dakwah


Adakah blog dapat mengubah masyarakat daripada jahil kepada fiqih?.Adakah blog mampu mengubah seseorang menjadi baik?.ataupun adakah blog dapat mentarbiyah manusia kearah islam?. Mengukir senyuman diwajah apabila memikirkan tentang persoalan ini.Satu persoalan yang tidak memerlukan jawanpan ye ataupun tidak..Hakikatnya islam itu tidak memberatkan kita walhal sentiasa memberikan kita ruang dan peluang untuk kita memperbaiki amal dari semasa kesemasa.Sebut saje blog,bukanlah asing lagi pada mata masyarakat dewasa ini.Baik masyarakat kampong mahupun Bandar,blog lebih digemari jika disebut sebagai laman sosial untuk perkongsian pelbagai jenis informasi.Jadi,ape sebenarnye kaitan blog dan juga dakwah..

Dalil dari Al-Quran 
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah[845] dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”.(An nahl:125)
[845]. Hikmah: ialah perkataan yang tegas dan benar yang dapat membedakan antara yang hak dengan yang bathil.
"Dan hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,   menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegab dari yang mungkar; merekalab orang-orang yang beruntung." (Ali Imran: 104)
Sangat popular ayat ini.Sangat penting juga intipatinya.Kewajiban kita baik seorang pelajar,mahasiswa,pemuda,pemimpin,ustaz mahupun ulama’  mestilah bertanggungjawab dalam meyeru kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran.Walaupun kecil,sederhana mahupun besar perkara itu,tanpa mengira usia dan warna kulit ,kita wajar tegur dan saling menasihati.Alangkah cantiknya islam itu apabila setiap muslim dapat saling tegur menegur kepada kebaikan dan saling berlapang dada terhadap perkara yang diperselisihkan.


Dalil dari Al-hadith
Sahabat Tamim Ad-Dariy berkata, bahwa Rasulullah saw telah bersabda: "Agama adalah nasehat." Rasulullah mengucapkannya tiga kali. Kemudian Tamim Ad-Dariy bertanya: "Buat siapa, ya Rasulallah? Jawab Rasulullah: "Buat Allah dan Rasul-Nya serta buat pemimpin umat Islam dan seluruh kaum muslimin."
 (HR. Bukhari dan Muslim).
Sahabat Abi Sa'id Al-Hudri ra telah berkata: Aku men-dengar Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa melihat suatu kemungkaran, hendaklah mencegahnya dengan kekuatan tangannya.
Apabila tidak kuasa, maka dengan lisannya. Apabila tidak kuasa, maka hendaklah mencegah dengan hatinya.
 Yang demikian adalah selemah-lemah iman." (HR. Muslim).

Mari kita merungkap kembali bagaimana Rasulullah s.a.w dapat menyebarkan syariat islam walaupun pada zaman baginda tidak mempunyai teknologi yang canggih-manggih seperti sekarang.Zaman yang tidak kenal ape itu televisyen,radio,komputer,internet,dan sudah tentunya facebook mahupun blog.Tetapi hasilnya Rasulullah s.a.w dapat mengembangkan islam dengan sangat luar biasa.Kuncinya terletak kpd 3 perkara,iaitu keimanan yang sempurna,cinta yang mendalam, dan pengorbanan yang tulus.(rujukan:Risalah Taalim-Imam Hassan Al-Banna)Tiga perkara inilah yang perlu kita tanamkan dalam diri kita untuk memastikan kesinambungan tarbiyah dapat diteruskan.
Tambahan dalam buku Risalah taalim,peringkat-peringkat dalam perjuangan menegakkan kalimah tauhid:
Hati                Lisan             Tulisan               kekuasaan             puncaknya berperang dijalan Allah
Boleh rujuk ayat quran (at-Taubah:41),(an-Nisa’:95),(al-Ankabut:6)
Kesimpulannya,blog merupakan salah satu sarana ataupun medium dalam berdakwah. Dalam zaman sekarang ini tidak dapat dinafikan ramai lebih tertarik untuk mengunakan teknologi internet sebagai sumber pencarian informasi.Justeru,para pendakwah harus kreatif dan versetile dalam mentarbiyah masyarakat agar mereka tidak dikatakan ketinggalan zaman,kuno,buta IT ,not up-to-date dan lain-lain lagi.Namun harus diperhatikan,matlamat utama  adalah untuk mengajak kembali kepada islam dan mencari keredhaan Allah s.w.t.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sang Murabbi



Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu

Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu

Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati

Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani..


*video YouTube - Izzatul Islam - Sang Murabbi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Kelebihanucapsalam_bersedekah/Article/index_html

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Kelebihanucapsalam_bersedekah/Article/index_html

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pelancaran blog: "Indahnya Islam"


15/10/2010 dengan rasminya laman blog ini dilancarkan.Dengan menampilkan satu pendekatan yang menarik,ilmiah,dan bermanfaat,diharapkan usaha murni ini sentiasa diberkati Allah s.w.t..
Kenapa dinamakan indahnya islam?
Hakikatnya kembali kepada fitrah.Islam itu indah.Baik dari segi teori mahupun praktikal,luaran mahupun dalaman,jasad mahupun roh.Dengan memvariasikan dalam menyebarluaskankan islam,agama bukan lagi satu bebanan,walhal telah menjadi satu kebanggaan.
Lain daripada yang lain.
Dengan membariskan ramai blogger,laman blog ini menampilkan pelbagai idea-idea fresh dan perkongsian menarik untuk tatapan umum. Menjadikan alquran dan hadith sebagai sumber rujukan utama,segala bentuk paparan diharap dapat  meningkatkan tsaqafah dan dijadikan pengajaran kepada kita semua.  Sebarang pendapat atau pun persoalan bolehlah diajukan untuk perkongsian bersama.
Matlamat.
Diharapkan blog ini dapat memberi manfaat disamping menjadi  salah satu alternatif untuk terus menyampaikan seruan islam.Semua bentuk article yang  dipaparkan bolehlah disebarluaskan dan dijadikan rujukan.Moga-moga kita akan diberikan ganjaran dari Allah s.w.t berdasarkan usaha dan niat kita.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...