RSS
DevArt
"Maka berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan."
(al-Baqarah, 2 : 148)
..:: ما أحلى الدين الإسلامي ::..

Tanda-tanda lidah yang kotor


Menurut Imam Al-Ghazali,tanda-tanda lidah yang kotor adalah :

  • berkata-kata yang tidak berfaedah.
  • berlebih-lebihan apabila bercakap.
  • suka bercakap yang batil.
  • banyak memaki hamun.
  • suka bertengkar/bertikam lidah.
  • mencari-cari kesalahan orang lain.
  • suka mengumpat
  • bergurau secara berlebihan
  • suka mengejek dan menghina orang lain, membuka aib orang.
  • bersumpah palsu
  • memuji bukan pada tempatnya atau mengampu.
Sabda nabi s.a.w. yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah membenci kepada orang yang buruk perangai dan kotor lidahnya." (Riwayat al-Tirmizi)

Wahai saudara-saudaraku, marilah kita renungi dan nilai diri kita adakah tanda-tanda tersebut terdapat pada diri kita.

"Kerana pulut,santan binasa,
Kerana mulut, badan binasa"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Muiz berkata...

tambahan pantun 2 kerat:

kerana ilmu kita berjaya,
kerana iman kita ke syurga.

kerana islam aku berbangga,
kerana itu quran perlu di baca.

kerana aku insan yang biasa,
kerana itu aku terus berusaha.

Ibnul Hamid berkata...

Imam Al-Ghazali berkata; lidah adalah benda paling tajam sekali...Ya Allah jadikan kami orang yang menjaga lidahnya...

Muiz berkata...

Sahabat Muhamad bin Zaid berkata, bahwa ada sekelompok orang datang kepada kakeknya bernama Abdullah bin Umar ra seraya berkata: "Ya Abdallah bin Umar, kami menghadap kapada penguasa, kemudian kami berbicara kepadanya dengan pembicaraan yang berbeda dengan apa yang kami ucapkan setelah keluar dari sisinya." Lalu Abdullah bin Umar berkata: "Menurut hemat kami, yang demikian adalah termasuk perbuatan nifak di zaman Rasulullah saw." (HR. Bukhari)

Muiz berkata...

"Dan mereka menetapkan bagi Allah apa yang mereka sendiri membencinya, dan lidah mereka mengucapkan kedustaan, yaitu bahwa sesungguhnya merekalah yang akan mendapat kebaikan. Tiadalah diragukan bahwa nerakalah bagi mereka, dan sesungguhnya mereka segera dimasukkan (ke dalamnya)" [an-Nahl:62].

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...