RSS
DevArt
"Maka berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan."
(al-Baqarah, 2 : 148)
..:: ما أحلى الدين الإسلامي ::..

Inisiatif Tangga Kejayaan

“Tiada lagi harapan buatku!”
“Aku tidak mampu teruskan hidupku dengan ini!”

Terngiang-ngiang teriakan beberapa rakan lama ketika mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) beberapa tahun lepas. Kata-kata negatif itu keluar dari mulut tidak sedikit orang,tetapi kebanyakan kita! Itulah bahasa manusia emosional.Bezanya dengan bahasa manusia insiatif,adalah bagaikan langit dan bumi! Apakah itu manusia inisiatif? sama-sama kita lihat.



Kebiasaannya,kita tak inisiatif. seperti penjaga gol,peranannya mengawas dan gawang gol,menunggu dan menepis bola yang meluncur laju. Dia adalah orang yang menunggu dan membalas reaksi bola yang datang. Untuk kita menjadi inisiatif, kini tiba saatnya untuk kita bermain di posisi lain, memulai dan melaju ke arah tujuan, sebagai ganti menunggu permainan orang lain dan membalas lemparan mereka.

Pada realiti kehidupan juga, kita tidak inisiatif. kehidupan yang menyapa kita. Bukan kita yang menyapa kehidupan. Saat tugasan datang, kita menyiapkannya. Saat email masuk ke inbox, kita membalasnya. Kita adalah orang yang memberi reaksi,bukan orang yang mencipta reaksi. Kenapa tidak kita yang membangun kehidupan dan kitalah yang mengarang ceritanya? Kerana sebuah pepatah lama ada mengatakan :”Siapa yang menentukan pilihan,maka akan dipilihkan untuknya”.

Manusia inisiatif menghadapi kehidupan dengan dada yang penuh percaya diri, kehendak kuat dan berfikiran positif. Saat mereka berhadapan dengan masalah, mereka segera brhadapan dan menyelesaikannya. Tidak ada sedikitpun rasa takut bahkan mereka tidak membiarkan masalah itu berlarutan. Saat teman mereka melakukan beberapa perilaku buruk, lalu mereka segera mengingatkannya dengan nasihat yang baik dan tulus.

Di sini terdapat beberapa perbezaan antara manusia inisiatif dan emosional:

1.Manusia Inisiatif
:-Selalu mencari solusi sekalipun tidak diminta
:-Kesusahan kadang menyakitkan dan menyedihkannya, tetapi keperibadiannya tidak akan goyah bahkan semakin kukuh
:-Yakin pencapaiannya hari ini adalah hasil pencapaiannya semalam
:-Kadang rela disakiti untuk memperbaiki hidup dan masa depannya
:-Selalu yakin apabila Allah memilihkan apa yang terbaik untuknya

2.Manusia Emosional

:-Mencari kelogikan atas masalah yang dialami
:-Bingung saat ditimpa musibah dan tidak mampu mengendalikan emosinya
:-Yakin bahawa pencapaiannya adalah hasil kerjanya dan kegagalannya adalah ciptaan keadaan
:-Tidak rela terhina dalam keadaan apapun
:-Bimbang dan selalu pesimis dari hikmah kegagalan yang dialami


Perbezaan antara kedua-dua sifat manusia tersebut jelas sekali.kenalilah diri kita dan mari memperbaiki diri bersama

Pilihlah untuk menjadi manusia inisiatif! akan tetapi terdapat pelbagai rintangan menanti untuk menjadi manusia inisiatif. kerana, inisiatif menuntut tanggungjawab. Lari daripada tanggungjawab adalah bukan karakteristik inisiatif. fitrah manusia lazimnya suka bersantai-santai dan berlumba-lumba lari daripada tanggungjawab.

Maka, hanya sedikit sekali manusia inisiatif dalam kehidupan ini.

Akhir sekali,marilah bersama menjadi manusia inisiatif. Mulakan merencana hari dan lihatlah tugas yang menunggu kita. Di sinilah kita akan merasa inti kehidupan yang sebenar. Masa hidup dan masa muda kita tidak akan disia-siakan tanpa sebarang prestasi hari demi hari. Kita yakin bahawa manusia hebat dilahirkan seperti kita dan kita mampu untuk menggugah dunia sepertinya.

Rujukan:
Majalah Sinergi.edisi kedua.m/s 57:Sukses manusia inisiatif.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...