RSS
DevArt
"Maka berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan."
(al-Baqarah, 2 : 148)
..:: ما أحلى الدين الإسلامي ::..

Rehlah Sg Pisang

Pada 1 dan 2 Januari 2011,Rehlah Sungai Pisang diadakan yang melibatkan moderator blog. Rehlah ini bertujuan merapatkan ukhuwah, membina jati diri dan berkongsi pengalaman dalam menhadapi hidup sebagai mahasiswa. Berikut perkongsian sepanjang rehlah ini.


1 Januari 2011

6.00 pm : Ikhwah berkumpul di Mahallah Salahuddin

9.30 pm : Sebahagian ikhwah menggoreng nuget dan sosej untuk santapan jamuan makan malam. Setelah selesai menggoreng, kami menjamu selera yang diselet dengan aktiviti taaruf & perkongsian pendapat mengenai isu-isu semasa.

2 Januari 2011

8.30 am : Kami bertolak dari UIA dengan menaiki bas Metro 91 ke Batu 8, Jalan Gombak.

Setelah tiba di simpang tiga, kami turun dari bas dan pergi ke sebuah restoran untuk bersarapan.

9.30 am : Kami menaiki bas RapidKL U201 ke Batu 12, Jalan Gombak. Untuk sampai di Air Terjun Sg Pisang, kami meredah hutan selama 1 setengah jam. Perjalanan ini mengajar kami supaya tabah, bersabar dan sentiasa berhati-hati dalam menghadapi apa jua rintangan.




11.00am : Alhamdulillah akhirnya, kami tiba di air terjun. Aktiviti ketika itu ialah mandi manda & beberapa permainan.

12.00 pm : Kami berkumpul di sebuah kawasan lapang berhampiran air terjun untuk menjalankan aktiviti Sharing Moment. Dalam aktiviti ini kami berkongsi masalah yang dihadapi dan bersama-sama mencari solusi.

2.00 pm : Setelah selesai sesi perbincangan, kami mendiri solat Zuhur berjemaah. Selepas itu, kami menjamu makanan yang telah disediakan oleh salah seorang ikhwah. Kemudian, kami berkemas dan seterusnya bertolak pulang dengan menyelusuri jalan pintas berdekatan dengan LPT.

5.00 pm : Rehlah ini tamat dengan objektifnya tercapai. Kami pulang ke IPT masing-masing.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Hafizi Azmi berkata...

(^^)

Ana Aisyah berkata...

bestnya dapat rehlah ngan kawan2...
semoga Ukhwah itu kekal hingga ke sana :)

mujahid cinta berkata...

Seronoknya berukhwah degan ikhwah:)

kader_lb berkata...

ukhuwwah..1 ikatan yg melahirkan kader yg iythar;)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...