RSS
DevArt
"Maka berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan."
(al-Baqarah, 2 : 148)
..:: ما أحلى الدين الإسلامي ::..

Perintah beribadah dan sebab-sebab mewajibkannya

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (٢١)الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ فَلا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَنْدَادًا وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ (٢٢)

21. Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu Yang telah menciptakan kamu dan orang-orang Yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

22. Dia lah Yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta Segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina Dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya Dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan Yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).

Huraian

Setelah menerangkan pecahan kumpulan manusia serta ciri-ciri mereka, Allah menyeru semua manusia untuk tunduk beribadat kepadaNya. Penggunaan perkataan يايها الناس merujuk kepada semua manusia yang terdapat di atas muka bumi ini.

Ibadah daripada sudut bahasa membawa maksud penyerahan dan sikap merendahkan diri. Daripada sudut istilah, Imam Ibnu Kathir menerangkan ibadah ialah mentauhidkan Allah dan beriltizam dengan syariatNya.

Daripada kedua-dua ayat ini, secara jelas kita dapat melihat antara sebab-sebab Allah menyuruhkan manusia untuk tunduk menyembahNya

  1. Dia telah menciptakan manusia semenjak daripada Nabi Adam
  2. Menciptakan bumi terbentang luas
  3. Menciptakan langit yang merupai bangunan yang kukuh
  4. Menurunkan hujan yang menumbuhkan tanaman dan menjadi rezeki kepada manusia
Allah sahajalah yang hanya patut disembah kerana Dia telah menciptakan manusia daripada tiada. Manusia sepatutnya menyembahkanNya sebagai tanda kesyukuran atas penciptaan mereka.

Selain itu,Allah menciptakan bumi sebagai kediaman, tempat tinggal untuk manusia. Perkara ini dikukuhkan lagi dengan penciptaan bumi dalam keadaan terbentang luas. Walaupun bumi sebenar dalam keadaan sfera, Allah mengurniakan nikmat graviti kepada manusia supaya mereka mudah berjalan,bergerak di atas muka bumi ini.

Tambahan pula, Allah menjadikan langit dalam keadaan kukuh di atas kepala manusia. Terbinanya langit tanpa memerlukan tiang dan sebarang sokongan untuk mengelakkannya runtuh menimpa manusia. Dengan adanya lapisan asmosfera, manusia & segala makhluk di bumi dilindungi daripada elemen yang boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.

Perintah supaya menyembahNya juga disebabkan Dia menurunkan nikmat hujan. Melalui hujan, tumbuh-tumbuhan dapat membesar dan memberikan hasil kepada manusia supaya mereka dapat terus hidup. Hasil tersebut adalah rezeki yang Allah berikan kepada manusia walaupun mereka tidak menyembahNya.

Sebagai penutup kepada perintah beribadah kepadaNya, Allah melarang manusia menyekutuNya.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom Daftar!! KONVENSYEN KELUARGA MELAYU MUSLIM 2011




Tarikh: 9 Julai 2011

Masa: 8am – 5pm

Tempat: Dewan Auditorium D8, Parcel D, Presint 1, Putrajaya

Yuran: RM10 seorang

Pendaftaran: http://konvensyenkeluarga.net/


Keluarga merupakan unit asas yang membentuk masyarakat dalam sesebuah negara. Seandainya keluarga itu pincang, masyarakat terbentuk juga akan terkena badai kepincangan tersebut. Sebaliknya jika sesebuah keluarga itu sempurna, binaan masyarakat yang akan lahir juga akan lebih teguh seterusnya membentuk masyarakat yang sejahtera. Masalah keruntuhan moral dan gejala sosial seperti mat rempit, pembuangan bayi, penagihan dadah dan lain-lain terutamanya dikalangan Melayu Muslim begitu ketara sejak kebelakangan ini.

Keruntuhan institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian dalam sesuatu masyarakat. Akhlak yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. ISMA meyakini bahawa institusi keluarga perlu memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk peribadi dan jatidiri setiap individu yang menganggotainya. Merujuk kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud;”Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim), menunjukkan betapa pentingnya peranan yang perlu dimainkan oleh ibubapa dalam membentuk individu yang akhirnya berguna kepada agama, bangsa dan negara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sifat Orang Munafiq dan Balasan mereka

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ (٨)
يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ (٩)
فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ (١٠)

8. Dan di antara manusia ada Yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

9. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang Yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

10. Dalam hati mereka (golongan Yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

Setelah menceritakan hal keadaan dua golongan iaitu orang mukmin dan orang kafir, penceritaan berterusan dengan penerangan tentang ciri-ciri orang munafiq dan balasan yang dijanji kepada mereka.

Munafiqun adalah ancaman dan 'duri dalam daging' bagi orang Islam dari zaman Nabi sehingga sekarang. Mereka tidak senang melihat kemenangan yang dicapai orang mukmin dan sentiasa berusaha,merancang perkara buruk terhadap mereka.

Dalam ayat tersebut,Allah selaku penasihat utama bagi orang mukmin, mendedahkan karakter orang Munafiq. Ia sebagai satu langkah berjaga-jaga dalam menghadapi konspirasi mereka.

Pada ayat ke 8, Allah mendedahkan sifat pertama mereka iaitu mereka melafazkan keimanan mereka tetapi hati mereka penuh dengan kekufuran dan kesesatan. Ketua munafiq,Abdullah ibnu Ubai,mendakwa dia beriman. Walaubagaimanapun, Allah menolak dakwaannya itu.

Ibnu Abbas berkata yang dimaksudkan adalah orang munafik dari kabilah Aus dan kabilah Khazraj serta orang-orang yang mengikut mereka.

Melalui ayat ini Allah mengingatkan mu'min agar tidak terpengaruh dengan sikap luaran mereka dengan menerangkan sifat-sifat & ciri khas orang-orang munafiq.Perkara ini boleh menyebabkan kerosakan berpunca daripada sikap tidak berwaspada terhadap mereka.

Pada ayat ke-9,ciri-ciri munafik dijelaskan lagi iaitu mereka menipu Allah dan orang-orang mukmin dengan menzahirkan keimanan mereka pada lafaz. Walaubagaimanapun, batin penuh dengan kekufuran dan dengki terhadap orang-orang beriman. Lalu Allah menempelak orang munafik atas sangkaan mereka itu. Mereka tidaklah berjaya menipu Allah dan orang-orang beriman walhal mereka telah menipu diri mereka sendiri dengan keadaan mereka tidak menyedari perbuatan mereka itu.

Dari Ibnu Juraij,ayat bermaksud bahawa mereka menampakkan(mengatakan) kalimah tauhid dengan tujuan melindungi darah dan harta benda mereka padahal di dalam hati mereka bertentangan dengan apa yang mereka lafazkan.

Ayat ke-10 menerangkan sebab tindakan atau perlakuan mereka sebelum ini ialah keraguan yang ada dalam hati mereka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Seorang Ibu Muslim




Seorang Ibu Muslim

Segala puji-pujian hanya bagi Allah Yang Maha Esa,selawat dan salam semoga dolimpahkan kepada Rasul-Nya,keluarge dan para sahabatnya.

Wahai ibu yang mulia: Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kalian adalah cucu A’isyah,Asma’ dan Zainab, kalian adalah ibu generasi,kalian adalah guru kesedaran.

Wahai ibu Muslimah,sesungguhnya tanggungjawab mu di hadapan Allah sangat besar, ia terkandung dalam tiga perkara di bawah ini:

1) Kamu harus penuhi hati kamu dengan iman dan patuh kepada Yang Maha Esa dan dengan Al-Quran.

2) Kamu harus takut kepada Allah terhadap yang kamu pelihara,kamu bertanggungjawab terhadap yang kamu pelihara ini, maka tanamkan dalam hati mereka keimanan,cinta kasih dan semangat.

3) Kamu harus waspada terhadap pelbagai fitnah yang berkembang di dalam kalangan kaum muslimin, jika kamu cukup berada di rumahmu yang Muslim untuk menjadi penjaga keamanan terhadap generasi serta mendidik mereka.

Wahai ibu, sesungguhnya anak-anak kamu akan terpengaruh kepadamu, sesungguhnya jika kamu menyusui mereka dengan akidah Islam,maka mereka akan muncul sebagai para iman dan ilmuwan dan pemimpin kebaikan.

Wahai ibu Muslimah, tidakkah kamu dapat mengambil teladan pada diri Khunsa’ disaat dia mempersembahkan keempat puteranya di jalan Allah, kemudian mereka semua menjadi syahid?! Ketika dia mendengar khabar mengenai hal itu dia tersenyum dan berkata: “Segala pujian bagi Allah yang telah membahagiakan aku dengan mengambil mereka di jalan Allah.”

Tidakkah ibu ini teladan? Tidakkah kamu dapati juga teladan dari Ummul Mukminin A’isyah yang merawat rumahnya atas dasat taqwa kepada Allah s.w.t, dan setelah meniniggalnya Nabi s.a.w dia membaca berulang-ulang kitab Allah dan menangis sepanjang malam dan siang?

Tidakkah pada diri Asma’ terdapat dua pelajaran penting; Dia yang mendidik Abdullah bin Zubair sebagai imam,pemim pin,komandan,pemberani,seorang ahli pidato dan seorang ahli Tafsir,seorang panglima pandai cerdik dan seorang yang syahid di jalan Allah? Dia mendatangi ibunya dan berkata ,“Aku takut wahai ibu,para musuhku akan menyamai aku setelah aku mati,” Asma’ menjawab, “ Tidak ada yang membahayakan pada kulit seekor kambing setelah disembelih,hadapilah kematian dengan berani.”

Wahai ibu Muslimah, bahawa sebahagian ibu telah gagal dalam mendidik dan merawat rumahnya, dan tidak berhasil dalam mengarahkan rumah yang Islami ini kea rah yang benar.

Seorang ibu keluar dari rumahnya, meninggalkan anak-anaknya, kemudian mereka hidup di rumah dengan tidak terjaga, kerana mereka tidak mendapati di dalam rumah selain para pekerja yang tidak mengetahui apa pun tentang Islam, dan ada kalanya penganguran yang membunuh tidak ada apa manfaat apa pun yang didapatkan dan perempuan yang lain melakukan maksiat kepada Allah s.w.t dalam rumahnya,lalu keluar rumah dengan terbuka darjatnya,berhias,melalaikan agamanya serta membiarkan rumahnya. Ada lagi perempuan yang bodoh, yang menduga bahawa hidup hanyalah sekadar makan,minum dan tidur, dia telah melupakan pelajaran anak-anaknya. Ini merupakan pelbagai macam bentuk ibu yang tidak kita kehendaki, dan kita mohon kepada Allah untuk memperbaiki perkara itu.

Kita mengharapkan seorang ibu yang mengetahui dan mengenal jalan meneju allah swt, seorang ibu yang menjaga anak-anaknya dari fitnah, dan ibu yang memelihara rumahnya. Ini kerana seorang ibu dalam Islam bertanggungjawab terhadap rumahnya, tugasnya adalah rumahnya, suratnya dalah rumahnya. Demikianlah Islam mengkehendaki seorang ibu yang seperti ini.

Adapun orang-orang mengajak wanita untuk keluar , bekerja,maka mereka bingung dalam kehidupan dunia, dan jalan mereka telah tersesat, mereka telah dicampuradukkan di dalam kilang-kilang dan tidak menghasilkan, mereka telah memasukkannya dalam bidang ketenteraan, dan tidak menang, mereka telah mengikut dalam pelbagai tugas dan gagal. Ini kerana perempuan lebih sesuai takdirnya untuk rumah dan mendidik anak-anak, serta mengembangkan generasi dan menciptakan para tokoh. Hanya kepada Allah-lah kita memohon pertolongan.( Petikan ini diambil daripada buku Jadilah Hamba Allah Yang Sejati,m/s 124,Dr Aidh Abdullah Al-Qarni)

* Moga pesanan ini menjadi 'ibrah buat kita semua kerana melihat betapa besarnya peranan ibu dalam mencorakkan anak2 dari sudut jiwa,pemikiran serta akhlak...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...