RSS
DevArt
"Maka berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan."
(al-Baqarah, 2 : 148)
..:: ما أحلى الدين الإسلامي ::..

Kita ni nak ikut WAHYU ke atau HAWA NAFSU?

Assalamualaikum..


Dalam dunia ni, Allah jadikan manusia ni sama ada pengikut WAHYU atau HAWA NAFSU.



Pengikut WAHYU ialah mereka yang ikut ajaran Al-Quran dan As Sunnah.



Pengikut HAWA NAFSU pula ialah mereka yang taknak ikut bahkan menentang Al-Quran dan As Sunnah.



Jadi kita ni yang mana satu?



Allah melarang Nabi Daud berhukum dengan sumber daripada hawa nafsu

38:26
Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu. Shaad 38: 26

Allah menyesatkan orang yang bertuhankan hawa nafsu ;
45:23
Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
(Al-Jatsiyah 45: 23)

23:71
“Kalau sekiranya kebenaran mengikut nafsu mereka, nescaya binasalah langit dan bumi dan siapa-siapa yang berada di dalamnya.” (Al-Mukminun 23: 71)

Ibnu Abbas berkata : “Bila mana Allah menyebut perkataan nafsu ‘al-hawa’ di dalam al-Quran, pasti Dia mencelanya. Dari sini jelaslah maksud kenapa diturunkan syariat
iaitu untuk mengeluarkan kita dari menjadi pengikut runtunan nafsu


Inshallah, sama-sama kita berazam untuk sentiasa mengikut dan menyokong WAHYU



Sumber : Al Muntalaq bab 1

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aktif Semula

Assalamualaikum

Inshallah blog ini akan kembali aktif dengan input-input islami yang berguna untuk anda

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...