RSS
DevArt
"Maka berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan."
(al-Baqarah, 2 : 148)
..:: ما أحلى الدين الإسلامي ::..

Dilema Melayu Islam (Melayu Sepakat Islam Berdaulat) -Bahagian 1



Alhamdulillah,setelah menghadiri konvensyen memperingati 500tahun kejatuhan empayar melayu Islam Melaka,tertarik rasanya untuk memperbincangkan mengenai isu ini bersumberkan dengan sedikit pembacaan dan rujukan.

Bahagian pertama siri ini membahaskan tentang pengenalan kepada perjuangan islam melayu dan permasalahan yang di hadapi orang melayu.




Perjuangan Islam atau melayu?

Persoalan mengenai kita harus menjadi pejuang agama atau pejuang bangsa,merperjuangkan islam dahulu kemudian baru Melayu ataupun memperjuangkan melayu dahulu baru islam acap kali digembar-gemburkan dan membayangi diri kita dalam mencapai agenda bangsa melayu. Justeru, minda kita harus dibuka seluas-luasnya dalam melihat persoalan ini tatkala ramai yang berpendapat perjuangan islam sifatnya adalah lebih global berbanding perjuangan melayu yang bersifat sempit.

Terlepas daripada pola berfikir berasaskan diri dan puak, kita sepatutnya boleh melihat persoalan ini dari dimensi yang lebih harmoni dan realiti. Hakikatnya,dalam konteks negara Malaysia,hubungan Islam dan Melayu sebenarnya sangat sinonim. Mari kita lihat definisi melayu itu sendiri,menampilkan tiga ciri asas yakni beragama islam,bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan istiadat budaya melayu.

Jadi ini dengan sendiri meletakkan Islam sebagai satu ciri dalam jati diri melayu. Dengan kata yang lain, jika seseorang “membuang” Islamnya,maka secara automatik dikatakan hilang bukan sahaja nilai-nilai keislamannya tetapi juga sifat-sifat kemelayuannya.

Oleh yang demikian, tidak kira yang mana dahulu,sama ada memperjuangkan Islam dahulu atau melayu dahulu, hakikatnya sasaran perjuangan kita adalah sama seumpama orang islam yang berbangsa melayu atau orang melayu yang beragama islam,hakikatnya kedua-duanya adalah betul dan sama. Tidak kiralah perjuangan kelompok mana yang akan berjaya,maka orang melayu islam juga yang akan dapat manfaatnya.


Masalah Orang Melayu,di mana silapnya?

Dua faktor yang merungkai permasalah orang melayu adalah:

1)faktor luaran-yang terhasil oleh persaingan yang terlalu sengit dan persekitaran yang tidak kondusif.
2)faktor dalaman-berpunca daripada faktor manusia (human factor)

Untuk menyelesaikan sesuatu masalah adalah lebih baik ditumpukan kepada soal dalaman (circle of control) justeru ia akan membawa kepada langkah penyelesaian yang bersikap proaktif daripada terus menyalahkan soal luaran(circle of concern) yang bersikap reaktif.

Jadi,orang melayu mesti melihat ke dalam diri mereka sendiri dengan melakukan penilaian, muhasabah dan tindakan pembetulan jika ingin menyelesaikan masalah mereka.

Telah banyak forum,kuliah,ceramah dan bahan-bahan didikan yang bermesej islam,pendakwah,kumpulan nasyid,produk islamik,program berunsur islam muncul di tengah masyarakat. Tetapi anehnya, masalah sosial dan keruntuhan moral juga semakin bertambah. Media pornografi, sumbang mahram, dadah,buang bayi, dan macam-macam lagi gejala negatif tumbuh seperti cendawan selepas hujan.malah juaranya adalah melayu,itulah hakikat walaupun pahit untuk diluahkan.


Tersilap Mendiagnosis Punca?


Apabila penawar sesuatu permasalahan itu dilihat pada pucuknya,sedangkan masalah sebenar terletak pada akarnya,dengan itu penawar yang kita pilih sudah tidak berkesan lagi. Jika orang melayu ingin menyelesaikan masalah rohaniah dan material, mereka mestilah terlebih dahulu mengenalpasti soal-soal yang berkaitan dengan ilmu,kemahiran, maklumat dan sikap.

Antara keempat-empat faktor ini, sikap merupakan elemen yang paling dominan berbanding dengan elemen-elemen yang lain(menurut kajian Harvard Business School dan disokong oleh Prof. Dr. Thomas Barry).Sikap merupakan tenaga penggerak dalam jiwa yang memainkan peranan dalam pembentukan tingkah laku di tiga perihal penting yakni personal, interpersonal dan profesyen seseorang. Justeru,pertama sekali kita harus mengubah sikap kita sendiri dalam mendepani era globalisasi masa kini agar jati diri orang melayu itu sendiri tidak hilang dek zaman. Dan sikap yang sebagaimana yang harus dipupuk dalam diri kita mestilah selaras dengan ajaran islam yakni berpandukan al-quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Sebagai contoh sikap amanah,rajin,ikhlas dalam amal,sabar,berkerjasama,dan sebagainya yang menjadikan keperibadian orang melayu itu sendiri sangat hebat.


Silap methodnya dan salah strateginya

Kita gemar menggunakan yang lahir untuk mengawal yang batin. Sedangkan hakikat manusia itu bukan lahiriahnya tetapi batinnya iaitu akal,hati,perasaan dan nafsunya. Jika hari ini kita mengatakan orang melayu telah luntur nilai dan jati diri kemelayuannya,oleh itu kita harus memikirkan methodologi yang tepat dalam menanam semula soal nilai dan jati diri dalam generasi kita.bagaimana hendak mengajar tentang nilai jujur,sabar,syukur,amanah integriti dan sebagainya dalam masyarakat melayu .Jarang-jarang kita cuba menyelami dan mengenal diri manusia,melihat dengan mata hati ke dalam akar dirinya. Apakah sebenarnya yang mengawal perlakuannya? Dan apakah hakikat manusia itu?

Akhir sekali,memperjuangkan agama dan bangsa merupakan titik permulaan dalam membina sebuah empayar islam yang hebat.Pemahaman yang jitu serta perubahan diri perlu senanatiasa kita utamakan dalam memastikan agenda ini mencapai sasaran dan matlamatnya.Oleh itu, Setiap dari kita harus sedar bahawasanya sejarah yang lampau telah mengajar kita banyak intipati penting supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama.


Insyaallah,siri kedua tajuk ini akan membincangkan mengenai bagaimana untuk mendaulatkan agama islam,dan memartabatkan bangsa melayu dari sudut peranan kita sendiri.Moga dipermudahkan urusan oleh Allah swt.

Rujukan Asal:
1)Buku Dilema melayu islam? Kurang fikir atau kurang zikir karangan Pahrol Mohamad Juoi
2)Kertas kerja pembentangan konvensyen memperingati 500 tahun kejtuhan empayar melayu islam melaka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Konvensyen Memperingati Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka 1511



Konvensyen ini adalah anjuran
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
dengan kerjasama
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

Dirasmikan oleh :
YB Dr. Hj Mohd Puad b Zarkashi
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

Tarikh
25 Safar 1432 Hijrah
29 Januari 2011

Tempat
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Durian Tunggal, Melaka

Yuran
Dewasa / Bekerja - RM 50
Mahasiswa - RM 20

Pendaftaran
Sila layari http://kemm1511.net/

Objektif
• Memberi gambaran keutuhan jatidiri Masyarakat Melayu yang telah membina sebuah tamadun yang gilang-gemilang dan kerajaan yang mendapat pengiktirafan seluruh dunia

• Memberikan kefahaman yang mendalam kepada masyarakat bagaimana proses penjajahan telah merungkai jatidiri dan agenda perjuangan bangsa Melayu.

• Memberikan cadangan penyelasaian permasalahan jatidiri umat Melayu Islam di negara ini bagi membolehkan mereka menjadi menjadi bangsa yang unggul semula.

Tentatif:

Sabtu 29 Januari 2011

8.00 – 8.30 pg
Pendaftaran Peserta

8.30 – 9.30 pg
Pembentangan 1
“Kegemilangan Empayar Kesultanan Melayu Melaka”
– YBhg. Prof Emeritus Datuk Dr Yusuf B Hashim, Naib Cancelor Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

9.30 – 10.00 pg
Kehadiran VVIP / VIP

10.00 – 10.45 pg
Majlis Perasmian – Ucapan Alu-aluan dan Perasmian
Ucapan Alu-aluan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Ucapan Perasmian oleh -
YB Dr Hj Mohd Puad B Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran

10.45 – 11.00 pg
Jamuan VVIP / VIP & Jamuan ringan peserta

11.00 – 12.00 tgh
Pembentangan 2
“Kejatuhan Melaka dalam Tahun 1511 sebagai Pelajaran Penting kepada Bangsa Melayu-Islam Hari Ini.”
– YBhg. Dato’ Dr. Hassan Ahmad, Mantan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka

12.00 – 1.00 ptg
Pembentangan 3
“Perjuangan Bangsa Melayu Dalam Mempertahankan Jatidiri dan Agama Islam”
Al Fadhil Ust Mohd Fauzi Asmuni – Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

1.00 – 2.00 ptg
Rehat / Makan / Solat

2.00 – 4.00 ptg
Forum : “Mengambalikan Jatidiri Bangsa Melayu dan Islam”
- Pengerusi : Y. Bhg Tuan Hj Aminuddin Yahaya, Setiausaha Agung ISMA
Panelis
+ Al Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
+ Yg Bhg Dr Muhd Razak B Idris, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
+ Profesor Datuk Dr Abdul Latif B Abu Bakar, Ketua II, Gabungan Penulis Nasional , GAPENA
+ Yg Bhg Dato’ Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman, Mantan Menteri

4.00 – 4.30 ptg
Majlis Penutup Dan Ucapan Penangguhan
En Abdul Rahman Mat Dali, Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

4.30 ptg
Majlis bersurai

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perjalanan Hidup(Part 2)

Allahu Ghayatuna

Ar-Rasul Qudwatuna

Al-Quran Dusturuna

Al-Jihadu Sabiluna

Al-Mautu fi Sabilillah Asma’ Amanina

Alhamdulillah, Allah swt beri kekuatan untuk kembali menulis setelah lama ‘entry’ part 1 di’post’. Teringatkan firman Allah Ta’ala dalam surah al-‘Alaq,ayat 4:

“Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam”

Ayat diatas berkenaan kepentingan penulisan member ana motivasi untuk terus menulis. Begitu juga mengambil semangat Syed Qutb Rahimahullah hatta dalam penjara mampu berkarya sehingga menghasilkan Tafseer Fi Zilalil Quran..Subhanallah!

Wasilah ke arah Mardhotillah

Setelah matlamat ditetapkan, rasul sebagai teladan, Al-Quran sebagai panduan maka tibalah waktunya untuk kita memilih wasilah dalam menuju Mardhotillah. Wasilah ini penting untuk kita menterjemahkan Islam ini dalm bentuk amal. Hayati firman ini:

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.

(Al-Maaidah,5:35)

Maka, jelas perintah dari Allah swt untuk kita mencari wasilah dalam mendekatkan diri kepada-Nya. Sebaiknya pilihlah wasilah yang benar dan yang terbaik untuk diri kita kerana Islam itu adalah satu sistem@manhaj yang tersusun rapi untuk sama-sama kita praktikkan.

Hakikatnya….

Matlamat,Qudwah dan Rujukan kita tetap sama, tetapi mungkin wasilah kita berbeza dalam menuju matlamat itu.

Kenapa ada perbezaan ini?

Terdapat setengah kelompok manusia berpendapat wasilah ini paling tepat bagi mereka manakala terdapat sekelompok yang lain berkeyakinan wasilah itu adalah paling tepat bagi mereka.

Tafaddhol wahai muslimin dan muslimat!

Jalan menuju redha-Nya ada banyak. Yang penting ia benar kerana berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan-jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.
(Al-Maaidah,5:16)

Perlu diingatkan sebagai seorang muslim , adab-adab ikhtilaf perlulah dijaga dengan baik sepertimana di sebut oleh Imam Al-Banna:

‘Berkerjasama dalam hal-hal Yang Disepakati, Berlapang dada dalam hal-hal diperselisihkan’

Perkara ini untuk lebih lanjut boleh dirujuk dalam Buku Adab Ikhtilaf karangan Dr Yusuf Al-Qardhawi sebab ana tak berniat untuk mengulas secara khusus bab ini.

Apa yang penting. . . .

Setelah pengkajian,istikhoroh dan keputusan telah dibuat, maka bersungguh-sungguhlah kita dalam beramal dengan wasilah dipilih kerana Jihad adalah jalan kita dan Syahid di jalan-Nya itu cita-cita yang kita impikan. Moga-moga kita di anugerahkan redho-Nya.

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.

(Al-Ankabut,29:69)

Ingatlah ikhwah dan akhwat fillah, kita tidak bersendirian dalam mengejar cita-cita ini. Kesungguhan dalam amalan dan pengorbanan itu adalah usaha-usaha yang disaksikan oleh Allah,Rasul dan orang-orang mukmin dan akan dibentangkan kepada kita walaupun terasa kerdil untuk dibandingkan dengan kesungguhan dan pengorbanan salafussoleh.

Dan Katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.

(At-Taubah,9:105)

Kematian..

Datangnya tidak tentu masa, datangnya tidak mengenal usia dan datangnya tanpa tanda…

Ia boleh datang disela perjalanan kita..maka sentiasalah berwaspada

Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan.

(Al-Munafiqun,63:11)

Dan ketika ini tamatlah perjalanan kita.. ya, perjalanan kita sebagai hamba.

Moga kita dikembalikan kepada-Nya dalam keadaan penuh ketenangan..

Hai jiwa yang tenang.

Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya.

Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku,

masuklah ke dalam syurga-Ku.

(Al-Fajr,89:27-30)

Mujahid Cinta



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KPI orang mukmin

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Manusia kini memperkenalkan satu istilah yang bertujuan menilai tahap prestasi kerja mereka yang dikenali sebagai "Key Performance Indicator" (KPI). Namun, sebahagian orang Islam tidak mengetahui bahawa Allah sudah lama meletakkan KPI yang melayakkan seseorang digelarkan sebagai orang yang beriman. Dalam Alquran, banyak ayat yang menyentuh topik ini. Antaranya, 5 ayat terawal daripada surah Al-baqarah. Mari kita mentadabbur ayat-ayat tersebut.

الم (١)

Alif, Laam, Miim.

Allah membuka surah dengan huruf-huruf muqataah,bertujuan memberi peringatan tentang sifat Alquran dan menunjukkan mukjizatnya serta cabaran untuk mengadakan surah yang paling pendek sepertinya. Selain itu, ia adalah satu pengukuhan bahawa Kalamullah tidak menyerupai kata-kata manusia biasa.

ذَلِكَ الْكِتَابُ لا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (٢)

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa;

Pada ayat ini,Allah menyifatkan Alquran dengan 3 ciri iaitu :

  1. Bahawasanya ia adalah kitab yang sempurna dengan kandungannya yang terdiri daripada banyak makna, tujuan, cerita, perumpamaan dan pensyariatan.
  2. Sesungguhnya Alquran tanpa syak lagi adalah daripada Allah.
  3. Sesungguhnya Alquran adalah sumber hidayah dan petunjuk bagi orang-orang mukmin yang bertaqwa, takut pada azab Allah, taat segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Merekalah yang memperolehi manfaat dari Alquran.


الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (٣)وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (٤)أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (٥)

Iaitu orang-orang Yang beriman kepada perkara-perkara Yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang Yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" Yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab Yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).Mereka itulah Yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang Yang berjaya.


Kemudian, Allah menjelaskan 4 sifat orang-orang bertaqwa yang mengambil faedah dari Alquran. Mereka adalah orang yang beriman dan membenarkan perkara-perkara ghaib seperti hari kebangkitan, hari Hisab, titian Sirat, syurga, neraka dan lain-lain lagi. Mereka tidak hanya terhenti pada perkara yang boleh dilihat yang diketahui oleh akal. Bahkan, mereka mengetahui bahawa wujud benda-benda daripada alam-alam lain seperti roh,jin dan malaikat.

Mereka juga menunaikan solat dengan sempurna daripada segi syaratnya, rukunnya, adabnya dan kekhusyukkannya. Solat tanpa khusyuk, tumpuan pada bacaan-bacaannya dan rasa takut kepada Allah seperti jasad yang tiada roh padanya. Solat amatlah penting dalam membina diri kerana ia adalah tiang agama

Mereka juga membelanjakan sebahagian harta untuk perkara-perkara baik melalui sedekah dan zakat. Maka, segala kemewahan dimiliki untuk segala manusia dan bersihlah harta daripada perkara syubhat. Melalui zakat, terbinalah masyarakat kerana ia asas kemajuan dan kebahagiaan umat.

Selain itu, mereka beriman dengan segala yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad serta seluruh para nabi dan rasul.

Malah, mereka mempercayai akan adanya hari qiamat yang padanya berlaku kebangkitan jasad-jasad dan ruh-ruh dari kubur.

Dengan adanya sifat-sifat tersebut,seseorang layak untuk mendapat hidayah dan petunjuk daripada Allah seterusnya menjadikannya berjaya dunia dan akhirat.

Renungkanlah.
والله أعلم بالصواب



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Motif dakwah

Dakwah adalah tuntutan bagi setiap muslim. Namun, kadangkala kita terlepas pandang apakah motif dalam kita melaksanakan kerja Nabi ini sehingga menyebabkan terpesong dari jalan yang sebenar. Di sini,saya ingin berkongsi bersama-sama sebahagian motif yang telah digariskan oleh Allah yang terdapat di dalam Alquran dalam mengerakkan dakwah.

1. Untuk memenuhi perintah Allah

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (١٠٤)آل عمران

104. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ (١١٠) آل عمران

Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.

2. Bagi menjadikan umat yang benar-benar menganut & menghayati agama Islam

نَحْنُ أَوْلِيَاؤُكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآخِرَةِ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنْفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ (٣١)نُزُلا مِنْ غَفُورٍ رَحِيمٍ (٣٢)وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ (٣٣) فصلت

"Kamilah penolong-penolong kamu Dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa Yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa Yang kamu cita-citakan mendapatnya."(Pemberian-pemberian Yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!" Dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"

شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّينِ مَا وَصَّى بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى وَعِيسَى أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَنْ يُنِيبُ (١٣) الشورى

Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama Yang ia tetapkan hukumNya - apa Yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan Yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad), dan juga Yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) Yang Engkau seru mereka kepadaNya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa Yang dikehendakiNya untuk menerima ugama Tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamanya itu sesiapa Yang rujuk kembali kepadanya (dengan taat).

3. dakwah mempunyai tujuan supaya agama Islam tersebar dan tertegak terus di bumi Allah

شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّينِ مَا وَصَّى بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى وَعِيسَى أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَنْ يُنِيبُ (١٣) الشورى

Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama Yang ia tetapkan hukumNya - apa Yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan Yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad), dan juga Yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) Yang Engkau seru mereka kepadaNya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa Yang dikehendakiNya untuk menerima ugama Tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamanya itu sesiapa Yang rujuk kembali kepadanya (dengan taat).


4. dakwah bertujuan untuk menyuruh manusia membuat pekerjaan yang makruf serta menolak dan menjauhi daripada segala kemungkaran dan kejahatan.

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (٧١)التوبة

Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

5. supaya manusia tunduk mengabdikan diri kepada Allah kerana mereka diciptakan untuk menyembahnya

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ (٥٦)الذاريات

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

وَمَا أُمِرُوا إِلا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ (٥) البينة

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan Yang demikian itulah ugama Yang benar.

6. agar manusia terus menerus mengerjakan amal kebaikan dan kebajikan tanpa berehat.

وَالْعَصْرِ (١)إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (٢)إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (٣)

Demi Masa!.Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian.Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...