RSS
DevArt
"Maka berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan."
(al-Baqarah, 2 : 148)
..:: ما أحلى الدين الإسلامي ::..

Salam Aidilfitri 1432 Hijrah



Moga berlabuhnya tirai Ramadhan 1432 Hijrah yang lepas meninggalkan momentum yang hebat dalam diri kita untuk berhijrah ke norma kehidupan yang lebih baik. Janganlah hanya dalam bulan yg diberkati tersebut kita perbanyakkan amalan sunat & kebaikan,tetapi hambar di bulan-bulan yang lain seakan habuk yang dituip angin. Jadilah kita seperti pokok yang berbuah,yang memberi manfaat kepada si pemakannya.

Admin sekalian ingin mengucapkan selamat hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin khususnya kepada semua pembaca dan kepada kaum muslimin seluruhnya. Moga kita sentiasa kekal istiqamah dalam mengerjakan kebaikan dan menjalankan amalan-amalan sunat. ameen~

Akhirnya,kami ingin mengucapkan "taqabbalallahu minna wa minkum(semoga Allah menerima amalan-amalan kami dan kamu)".

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Superhero Muslim ?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

'bestnya kalau boleh terbang macam superman'
'dah besar nanti saya nak jadi spiderman. boleh tolong atuk saye amik kelapa'

Perkataan 'Superhero' amat simbolik terhadap masyarakat dunia sekarang terutamanya kanak-kanak. Mereka terpengaruh dengan karekter-karekter yang dicipta oleh pembuat-pembuat komik sehingga bercita-cita untuk mempunyai kuasa yang dimiliki oleh superhero-superhero. Apabila mereka meningkat besar, mereka baru menyedari bahawa imanigasi mereka telah diperalatkan supaya mendatangkan keuntungan kepada pihak-pihak tertentu.


Sedihnya, kanak-kanak zaman sekarang lebih mengenali nama-nama superhero rekaan barat dan jepang. Mereka menjawab 'tak tau' apabila ditanya tentang hero-hero islam seperti Saidina Umar, Saidina Ali, Salahuddin Al-Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fateh dan lain-lain lagi.

Saudara saudari pembaca,

Pada coretan ini, saya bukan hendak bercerita tentang 'superhero'. Cuma saya ingin berkongsi dengan antum sekalian tentang sebuah hadis sebagai renungan dan penghayatan kepada kita dalam menjalani kehidupan sebagai muslim & muslimah

عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال:

المسلمُ مَنْ سَلِمَ المسلمون مِنْ لِسانِهِ ويَدِهِ والمُهاجِرُ مَن هَجَرَ ما نَهَى الله عنه

"Orang Islam itu adalah orang yang muslim lain-lain (dalam keadaan)selamat daripada lidah & tangannya; dan orang berhijrah adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah"
(Bukhari)

Dalam hadis di atas, Rasulullah صلى الله عليه وسلم menerangkan 2 isi penting yang perlu ada pada seseorang muslim:
  1. menjaga lidah dan tangan
  2. hijrah batiniah
Hadis ini menyentuh aspek akhlak islamiah. Akhlak adalah perkara asas yang perlu ada pada muslim. Hadis ini menjelaskan salah satu kriteria seorang muslim yang menonjolkan keislamannya. Mereka mampu menyelamatkan muslimin daripada bencana disebabkan tangan-tangan zalim dan ucapan lidah-lidah jahat. Ia juga pendorong kepada kita untuk berperilaku baik dan berbudi baik kepada sesama muslim. Secara tidak langsung, kita berlaku baik kepada Tuhan.

Sekiranya kita melihat situasi/realiti sekarang, manusia menghadapi krisis akhlak dan perlakuan. Perkara ini disebabkan mereka tidak mengawal ucapan dan perbuatan mereka.

Kerana mulut,badan binasa
Sejarah sudah menunjukkan bahawa manusia jatuh disebabkan mereka tidak menjaga/mengawal ucapan mereka.
Manusia-manusia angkuh yang main lepas ketika berkata tanpa berfikir dahulu mencetuskan konflik manusia sepanjang masa. Kerana mulut, keluarga pecah belah. Negara huru hara. Konflik peperangan tercetus.

Saudara saudari pembaca,

Seorang muslim juga seharusnya menjaga perbuatan mereka daripada menindas orang lain. Tangan-tangan mereka ini sepatutnya digunakan untuk membawa kebaikan kepada orang lain.
Alangkah sedihnya, kezaliman dan kejahatan berlaku secara berleluasa seperti penindasan, pembunuhan, kecurian dan peperangan disebabkan mereka tidak menyedari hakikat sebenar kegunaan tangan-tangan mereka yang dianugerahkan oleh Allah.

Selain itu, hadis ini juga menyentuh kepada aspek hijrah batiniah. Secara ringkasnya, hijrah boleh dibahagikan kepada 2 jenis:
  1. Hijrah zhahiriah: meninggalkan sesuatu tempat untuk menghindari fitnah demi mempertahankan agama.
  2. Hijrah batiniah : meninggalkan perbuatan yang dibisikkan oleh nafsu amarah dan syaitan.
Kesimpulannya, Islam menyeru kita semua untuk menjaga ucapan dan perbuatan serta menjauhi daripada segala larangan allah.

Apa yang saya ingin kaitkan dengan superhero disini adalah kandungan hadis tadi.
ANDA BOLEH JADI SUPERHERO SEBENAR KALAU ANDA MEMPUNYAI SIFAT-SIFAT YANG DITERANGKAN PADA HADIS TERSEBUT.

Selamat beramal ;)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cabaran kepada golongan yang mempertikaikan kebenaran Alquran



23. Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa Yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah Yang sebanding Dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang Yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang Yang benar.

24. Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) Yang disediakan untuk orang-orang kafir.

(albaqarah)

Syarah
Sekiranya kamu wahai Kaum Arab serta mereka meragui kebenaran Alquran, yang Allah turunkan kepada hamba & RasulNya, Nabi Muhammad SAW, dan kamu mendakwa Alquran adalah kata-kata manusia biasa. Oleh itu, datangkan apa-apa yang setanding dengan Alquran.
Mintalah pertolongan dengan sesiapa yang kamu mahu sama ada ketua-ketua kamu,tuhan-tuhan dakwaan kamu untuk menentang,melawan Alquran.

Nescaya, kamu tidak mampu untuk menghasilkan Kitab,manuskrip yang setaraf dengan Alquran. Oleh itu, kembalilah kamu kepada kebenaran. Berimanlah kamu kepada Alquran dan
membenarkan risalah Nabi Muhammad SAW. Disebabkan iman itu, kamu akan terlepas daripada azab api neraka. Bahan bakar api neraka adalah manusia-manusia yang kafir dan batu-batu sembahan,berhala. Bahawasanya Allah menyediakannya untuk mereka yang kafir, menafikan risalah Islam. Balasan ini bersesuaian dengan kekufuran dan kemungkaran mereka.

rujukan: Tafsir Al Munir



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nuzul Al-Quran: Peristiwa Penuh Iktibar




ALLAH SWT memuliakan Ramadan melebihi bulan lain dengan memilih satu malam penuh keberkatan daripada malam Ramadan sebagai masa paling sesuai untuk diturunkan kitab suci al-Quran.

Selain al-Quran, Allah menurunkan beberapa kitab suci lain pada bulan mulia ini seperti suhuf Nabi Ibrahim diturunkan pada permulaan Ramadan, Taurat hari keenam dan Injil pada hari ketiga Ramadan.

Sesungguhnya, penurunan (nuzul) al-Quran adalah peristiwa besar dan agung. Ia cukup hebat jika dibandingkan dengan peristiwa lain pernah berlaku di alam ini.

Justeru, setiap umat Islam seharusnya mengingati dan merenungi peristiwa nuzul al-Quran ini kerana ia menjadi asas keimanan terhadap al-Quran bahawa ia adalah kalam Allah.Selain itu, ia adalah asas utama dalam pengakuan umat Islam terhadap kerasulan Nabi Muhammad serta keyakinan bahawa Islam itu adalah agama benar, malah satu-satunya agama diredai Allah.

Sebelum al-Quran diturunkan manusia hidup dalam kesesatan bertuhankan hawa nafsu dan menyekutukan Allah. Selepas al-Quran diturunkan, kesesatan disinari kebenaran dan hidup bertuhankan hawa nafsu berubah kepada hidup bertuhankan Allah.

Dalam erti kata lain, penurunan al-Quran membawa rahmat perubahan kepada kehidupan dan ketamadunan manusia.


Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:


“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang haq dan yang bathil)”
[ al-Baqarah 2:185].




Seperti penjelasan Imam al-Qurthubi, ayat ini menjelaskan bahawa Allah menurunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk dan penjelasan bagi umat manusia; menjelaskan
kepada mereka yang halal dan haram, berbagai peringatan dan hukum-hakam, serta pembeza antara yang haq dan yang batil.

Al-Qur’an adalah huda (petunjuk),ertinya Al-Qur’anlah yang seharusnya memandu dan memimpin kehidupan umat manusia. Al-Qur’an telah menjelaskan perbuatan apa yang wajib dilakukan, mana yang sebaiknya dilakukan, mana yang boleh dilakukan, mana yang sebaiknya ditinggalkan dan mana yang wajib ditinggalkan.

Al-Qur’an juga menjelaskan apa yang boleh diambil dan apa yang tidak. Al-Qur’an adalah furqân(pembeza), ertinya menjadi piawai yang menentukan mana yang haq dan mana yang batil. Yang dituntut dari kita dengan menjadikan Al-Qur’an sebagai petunjuk yang memandu dan memimpin kehidupan kita; sebagai sumber hukum yang wajib kita ambil dan kita terapkan; juga sebagai sumber penyelesaian bagi seluruh masalah kehidupan kita.

Hakikatnya, petunjuk (al-Quran) dibawa Baginda SAW ini membawa perubahan besar kepada kehidupan umat manusia, khususnya masyarakat Arab jahiliah dan perubahan itu mencakupi pelbagai bidang dan aspek:

1)Aspek keagamaan.
Bangsa Arab Jahiliah menyembah patung dan batu berhala serta menyembelih binatang ternakan di hadapan patung itu sebagai korban untuk memuliakannya.

Apabila datang agama Islam (al-Quran) membawa petunjuk dan pedoman daripada Allah, maka kehidupan jahiliah terus lenyap kerana al-Quran mengatur kehidupan seperti percaya kepada keesaan Allah, hari akhirat, syurga, neraka, mengenai ibadat seperti solat, puasa, zakat dan haji.

Jelaslah, ajaran al-Quran melarang keras amalan penyembahan patung, berhala, matahari, bulan atau makhluk lain selain Allah. Sebaliknya mereka diajar bahawa yang berhak disembah hanyalah Allah.

2)Aspek kemasyarakatan.
Bangsa Arab sebelum Islam tidak berdisiplin dan tidak taat kepada pemimpin tetapi diturunkan al-Quran, keadaan itu berubah. Islam menyedarkan mereka erti dan pentingnya disiplin serta ketaatan dalam kehidupan.

Bagi membentuk sebuah masyarakat yang aman dan harmoni, al-Quran memberi petunjuk dan garis pemisah mengenai kriteria antara akhlak terpuji dengan akhlak tercela.

Selain itu banyak lagi dasar umum masyarakat dibawa oleh Islam seperti hubungan antara individu dengan individu, antara individu dengan masyarakat, antara suatu kelompok masyarakat dengan kelompok lainnya, undang-undang kekeluargaan sehinggalah kepada soal kenegaraan.

Islamlah juga yang mula mengangkat kedudukan kaum wanita dengan memberikan hak kepada mereka sesuai dengan kewanitaannya. Di samping itu, Islam menegakkan pula ajaran persamaan antara manusia dan membanteras perhambaan.



3)Aspek siasah (politik).

Bangsa Arab sebelum Islam berada dalam keadaan berpecah-belah, ‘asabiyyah (kesukuan), berpuak dan kabilah yang sempit. Yang wujud ketika itu kaum Arab, Parsi, Tauran dan kaum lain.

Keadaan itu berubah apabila turunnya al-Quran membawa ajaran sebenar. Semua umat manusia diseru supaya meninggalkan segala bentuk ikatan jahiliah yang sempit, sebaliknya disaran supaya bersatu membentuk satu ummah.

Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya (agama Islam) ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.” (Surah al-Anbiya’, ayat 92).


Begitulah Islam berjaya mengatasi sikap taksub bangsa dan warna kulit, malah menyeru semua bangsa supaya bersatu menjadi satu ummah bersaudara dan tidak lagi mengenal kelebihan kecuali berdasarkan kekuatan iman serta takwa kepada Allah.

4)Aspek ekonomi.
Al-Quran memberikan batasan pemilikan bagi individu, masyarakat dan negara. Telah ditentukan perkara yang boleh dimiliki oleh individu dan dilarang.

Peraturan yang terdapat dalam al-Quran memberikan petunjuk pelaksanaan mengenai jaminan pemenuhan keperluan asas setiap individu menurut kadar dan dalam keadaan seadil-adilnya.

Berdasarkan penjelasan di atas, penurunan al-Quran adalah peristiwa agung dan terbesar pada Ramadan. Penurunannya telah membawa perubahan besar kepada alam ini dan berperanan mengubah kehidupan umat manusia pada masa lampau, kini dan hadapan.

Jelaslah, melalui peristiwa besar dan agung ini, hala tuju kehidupan manusia menjadi lebih kemas dan teratur dengan berpandukan petunjuk serta pedoman yang diwahyukan Allah.

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengingatkan kita

“Aku telah meninggalkan pada kalian dua perkara; jika kalian berpegang teguh pada keduanya maka kalian tidak akan tersesat selama-lamanya, iaitu Kitabullah dan Sunnah NabiNya” [HR Muslim].


Justeru, umat Islam wajib mengambil Al-Qur’an sebagaimana yang Allah perintahkan. Umat Islam wajib berpegang teguh kepada Al-Qur’an sebagaimana Rasulullah dan para sahabat berpegang teguh dengannya. Sesiapa sahaja yang tidak mengambil Al-Qur’an sebagaimana yang Allah perintahkan, maka hendaklah iatakut akan diadukan oleh Rasul Sallallahu ‘alaihi wa Sallam ke hadhrat Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan pengaduan
seperti dalam firman-Nya,

“Berkatalah Rasul, “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumkumenjadikan Al-Quran itu sesuatu yang tidakdiacuhkan.” [ al-Furqan (25):30].





Maksudnya, mereka menjadikan Al-Qur’an sebagai kitab yang ditinggalkan, diabaikan dan tidak dipedulikan. Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya telah merinci hal-hal yang
termasuk ke dalam sikap tidak mengacuhkan Al-Qur’an. Di antaranya adalah tidak mengimani dan membenarkannya; tidak mentadabbur (mengkaji) dan memahaminya; tidak mengamalkan dan mematuhi perintah dan larangannya; berpaling darinya dan lebih memilih yang lain, baik berupa syair, ucapan, nyanyian, permainan, atau jalan hidup yang diambil dari selain Al-Qur’an; tidak mahu menyemak dan mendengarkan Al-Qur’an serta membuat kecoh hingga tidak mendengar Al-Qur’an saat ia dibacakan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...