DevArt
"Maka berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan."
(al-Baqarah, 2 : 148)
..:: ما أحلى الدين الإسلامي ::..

Kesan Melakukan Maksiat


Menurut Ibnu Qayyim Al Jauzi, antara akibat daripada melakukan maksiat ialah :

1. Maksiat menghalang ilmu pengetahuan memasuki diri.
Ilmu diumpamakan cahaya. Hati akan menjadi hitam dan gelap apabila kita banyak membuat maksiat. Maka, cahaya tidak akan masuk ke dalam hati yang gelap.

2. Maksiat menghalang rezeki.
Maksiat mengikis ketakwaan dalam diri seseorang. Kesulitan dalam mencari rezeki adalah disebabkan kekurangan takwa. Rasulullah bersabda; " Seseorang hamba dicegah daripada rezeki akibat dosa yang dibuatnya." ( HR Ahmad )

3. Maksiat menjauhkan diri daripada Allah.
Pada masa sekarang, ramai manusia mengadu diri mereka menghadapi kesunyian samada mereka Muslim atau tidak. Bagi memecah kesunyian tersebut, mereka mencari pelbagai bentuk hiburan yang hanya membuat hati mereka gembira untuk waktu yang singkat. Seorang Muslim yang mencari hiburan adakala terjerumus ke dalam lembah maksiat. Akibatnya, dia semakin jauh daripada Allah. Hanya hidayah dapat menyelamatkan mereka ini.

4. Maksiat mendatangkan kesulitan dalam urusan hidup kita.
Sekira kita melihat diri kita dan orang-orang lain, kita mendapati rasa keluh kesah dan sentiasa berasa sulit terdapat pada diri kita. Oleh itu, kita seharusnya sedar perkara ini berpunca daripada maksiat yang dilakukan samada sedar ataupun tidaka sedar. Ibnu Abbas r.a berkata, " Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk."


5. Maksiat melemahkan hati dan badan.
Niat datang daripada hati. Perbuatan anggota badan berpunca daripada niat. Kekuatan perbuatan adalah bergantung kepada kekuatan yang ada pada hati. Hati boleh diumapamakan sebagai generator elektrik. Sekiranya generator itu kuat, maka tenaga yang dihasilkan juga kuat. Walaubagaimanapun, maksiat menyebabkan kekuatan yang ada melemah untuk melakukan perkara yang baik dan amalan yang soleh. Sabda Rasulullah s.a.w : "..Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."

6. Maksiat menghalang momentum kita untu terus taat kepada Allah.
Orang yang melakukan maksiat lebih cenderung melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Teman atau penasihat yang paling rapat dengan mereka adalah syaitan. Syaitan menghasut manusia supaya derhaka kepada Allah. Tidak mustahil adakala seorang yang kuat taatnya kepada Allah terjerumus dengan hanya maksiat yang dilakukan.

7. Maksiat memendekkan umur dan keberkatan hidup.
Orang yang menjauhi maksiat seperti para Salafus Soleh dilimpahi keberkatan hidup. Mereka mengetahui bahawa maksiat menyebabkan diri mereka jauh daripada keberkatan. Keberkatan hidup amat penting bagi setiap manusia kerana panjangnya umur pada hakikat bukan pada jumlah bilangan usia tetapi pada keberkatannya. Ini kerana keberkatan menjadikan manusia terus hidup walaupun ajal sudah menjemput. Contohnya, Imam Nawawi yang dilimpahi keberkatan terus hidup melalui sumbangan ilmiah yang dilakukannya.

8. Maksiat menumbuhkan maksiat lain.
Dosa kecil yang muncul daripada maksiat seperti virus atau bakteria yang menyerang badan manusia. Sekecil-kecil virus merebak ke seluruh badan dan akhirnya menyebabkan kematian. Samalah sifat maksiat. Sekecil-kecil maksiat sekalipun, ia akan menjadi pemetik bagi api maksiat yang lebih besar. Contohnya disebabkan seseorang tidak menjaga pandangannya, akhirnya dia terjerumus ke dalam maksiat zina.

9. Maksiat mematikan bisikan hati nurani.
Maksiat melemahkan hati daripada kebaikan dan menguatkan kehendak hawa nafsu melakukan maksiat lain. Jika seseorang itu sudah terbiasa melakukan maksiat, perasaan malu akan tercabut daripada dirinya dan tidak memandang apa yang dilakukannya adalah sesuatu yang buruk. Malah, dia akan bangga melakukannya dan menceritakan kepada orang lain.

Sumber : Akhbar majalah iluvislam bil 36

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Ibnul Hamid berkata...

Jom pkat2 muhasabah diri..

zar berkata...

Moga kita terus perbaiki diri dlm musim cuti ini..ujian yg dahsyat dgn arus yg kuat..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...