DevArt
"Maka berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan."
(al-Baqarah, 2 : 148)
..:: ما أحلى الدين الإسلامي ::..

KASIH KEPADA RASULULLAH SAW






Nabi Muhammad saw merupakan makhluk Allah swt yang paling sempurna sifatnya dan paling utama dari segi kecerdikan. Beliau adalah pilihan Allah swt daripada jutaan manusia yang dijemput datang ke dunia ini. Baginda adalah Rasul yang terakhir. Bagindalah antara makhluk Allah swt yang dianugerahkan beberapa keistimewaan dari segi kecerdikan serta sifat-sifat wajib bagi Nabi iaitu jujur, siddiq, amanah dan tabligh. Selain itu Rasulullah SAW juga memiliki mukjizat serta dibekalkan dengan wahyu Ilahi. Oleh itu apa yang ditentukan oleh Rasulullah saw, jika bercanggah dengan ketentuan manusia, yang bercanggah itu akan gugur.
Dengan memahami  perkara-perkara di atas, akan timbul  rasa kasih kepada Nabi, yang mana ini akan menghindarkan kita daripada tenggelam dalam lautan hawa nafsu, serta jauh daripada gangguan-gangguan syaitan. Surah Al-An’am ayat 153 bermaksud :
“Inilah satu-satunya jalanku yang lurus (iaitu Islam) maka hendaklah kamu mengikutinya. Jangan mengikuti jalan-jalan lain, nescaya kamu akan berpecah daripada jalan Allah. Yang demikian itu telah diwasiatkan oleh Allah kepada kamu supaya kamu bertaqwa”
Sahabat-sahabat dahulu, mereka menjadi sebaik-baik umat adalah kerana besarnya kasih mereka kepada Rasulullah saw. Mereka iltizam dengan syarak, mereka hidup bersama-sama Rasulullah saw ketika  senang mahupun susah. Kehidupan mereka  mengikuti  contoh  Rasulullah saw. Oleh itu kita juga boleh mendapat kasih yang sebegitu sekiranya kita lihat contoh para sahabat, bagaimana mereka hidup bersama-sama Rasullullah saw. Bagaimana mereka melaksanakan kerja-kerja dakwah. Sebab itu hanya beberapa orang sahabat-sahabat Nabi (lelaki) - dikebumikan di Madinatul Munawarah, yang lain-lain di serata tempat di dunia kerana mereka bekerja untuk menyebarkan petunjuk Allah swt. Tidak tinggal umur mereka melainkan mereka gunakan untuk dakwah dan kebaikan.
Keimanan kepada Rasulullah saw perlu memenuhi segenap sudut dan ruang hati kita, melimpah sehingga lahir dalam bentuk amalan yang memperlihatkan keimanan kita kepada Rasulullah SAW dan keyakinan kepada Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisa' ayat 170 yang bermaksud:
"Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul yang benar daripada Tuhan kamu, maka hendaklah kamu beriman. Itu adalah lebih baik bagi kamu."
Sesudah beriman kepada Nabi saw, kita dituntut pula mentaatinya. Bukan setakat pengakuan beriman saja sebaliknya hendaklah mempraktikkannya dalam semua urusan kehidupan  baik di dalam pembelajaran,persahabatan, rumahtangga, pergaulan dengan masyarakat, di tempat kerja dan di mana-mana saja. Kita dikehendaki taat sepenuhnya kepada Allah swt dan Rasul-Nya. Firman Allah swt di dalam surah An-Nisa' ayat 159 bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu taat kepada Allah dan Rasul. “
Perintah ini adalah merupakan perintah yang wajib. Ketaatan kepada Allah swt dan Nabi saw adalah wajib, bukan sunat, harus ataupun untuk mendapatkan pahala. Wajib kerana ini adalah perintah Allah SWT. Untuk merasai redha dengan perintah ini kita perlu melalui proses tarbiyah yang betul bagi melahirkan ketaatan, kepatuhan sepanjang hayat, sehingga kita dipanggil pulang menemui Allah swt dalam suasana bagaimana sekalipun sama ada muda,tua, seorang diri, berumah tangga, memiliki anak-anak, dan bermasyarakat.
 Di dalam kitab-kitab yang terdahulu, Taurat dan Injil, ada penjelasan tentang kedatangan Nabi saw. Di dalam surah as-Saf, Allah swt menceritakan bahawa keyakinan tentang kenabian Nabi Muhammad saw juga dituntut kepada orang-orang Yahudi dan Kristian, tetapi ada di kalangan mereka yang menolak Islam. Kata Nabi kerana mereka menghalalkan yang haram. Oleh itu mereka tidak boleh menerima Islam. Maka dikatakan di dalam surah as-Saf ayat 6 yang bermaksud:
“Ingatlah ketika Isa bin Mariam berkata kepada Bani Israel: ‘Wahai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku dan menyampaikan berita gembira dengan kedatangan Rasul sesudahku yang namanya Ahmad (Muhammad).”
Kita hendaklah berusaha mempertingkatkan kefahaman, kesedaran, keyakinan dan syuur dari masa ke semasa sehingga kita dapat memberi ketaatan sepenuhnya di dalam kehidupan untuk mencari keredhaan Allah swt. Firman Allah swt dalam surah Ali-Imran, ayat 31 bermaksud :
“Katakan Wahai Muhammad: jika kamu kasih kepada Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu.”
Untuk mendapat kasih Allah dan Rasul-Nya kita hendaklah mengikut Rasulullah saw. Hanya dengan patuh kepada Rasulullah saw barulah kita akan mendapat kasih Allah swt.Di dalam sebahagian hadith Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa yang mentaati aku, maka sesungguhnya dia mentaati Allah swt. Dan siapa yang mengingkari ( membantah, menderhakai ) aku, maka sesungguhnya ia menderhakai Allah swt.” [HR Muslim dan Tarmizi]
“Semua kamu akan masuk syurga, kecuali orang-orang yang membantah. Sahabat-sahabat bertanya: ‘Ya Rasulullah, siapakah yang membantah? Rasulullah  bersabda, ‘Siapa yang mentaati aku dia akan masuk syurga dan siapa yang membantahi atau mengingkari aku maka sebenarnya dia membantah.” [HR Bukhari]
Hadis ini memberi khabar gembira bahawa kita akan masuk ke dalam syurga kerana telah dipilih tergolong di dalam kumpulan orang-orang Islam kecuali orang yang ingkar kepada Rasulullah saw. Apabila kita menerima Islam, harapan kita besar kepada Allah swt. Kita rasa selamat daripada neraka. Jika melakukan kesilapan segera ber taubat, semoga taubat kita diterima. Ini juga dikatakan kasih kepada Allah swt.
Wallau A'lam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

BaiTiL a'tiQa berkata...

"Tiada kejayaan yang paling sempurna melainkan dalam Sunnah Baginda Rasulullah s.a.w"

Insyaallah sama2 kita amalkan keseluruhan agama dalam keseluruhan kehidupan kita yang sementara ini....

Muiz berkata...

i'Allah,hidupkanlah sunnah baginda Rasulullah saw walau dimana saje,walau ape jua tentangan,moga kita peroleh ganjaran atas ape yg kita kerjakan..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...