DevArt
"Maka berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan."
(al-Baqarah, 2 : 148)
..:: ما أحلى الدين الإسلامي ::..

Krisis Mesir-Pengajaran Untuk Kita..



Dirompak,kekurangan makanan,kekurangan wang,bunyi tembakan di merata tempat,keadaan tidak selamat dan pelbagai lagi rintihan yang dinyatakan pelajar kita di mesir ketika ini sekaligus memberikan gambaran kepada kita bahawa keadaan di mesir ketika ini semakin meruncing dan tidak aman. Dalam melihat krisis ini,seharusnya kita faham dua persoalan penting mengenai punca krisis ini berlaku dan apakah jalan penyelesaian yang dapat dilakukan.

Suasana Mesir kini


1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir



2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat


3. 5000 banduan terlepas dari penjara


4. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

5. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar



Punca krisis

Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.
Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat, juga sekutu US dan juga menyokong Israel.Ketika ini, Diktator sedang mengalami saat-saat akhir pemerintahan kuku besinya yang berlarutan selama 30 tahun.

Untuk mengetahui fakta-fakta lain mengenai Hosni Mubarak boleh layari:
http://www.dakwatuna.com/2011/alasan-rakyat-mesir-tolak-mubarak/



Kenapa krisis ini berlaku:Mesir oh Mesir!

1. Regim yang memerintah mereka lebih mengutamakan agenda Barat lebih dari kepentingan mereka dalam mengurus negara dan rakyat. Syariah Islam tidak dilaksanakan sepenuhnya yang menjamin kesejahteraan hidup mereka di dunia dan akhirat. TV dan majalah mereka hampir semua berunsur Barat yang merosakkan moral, akhlak dan akidah di samping menghalang generasi mereka dari memahami risalah umat Islam dalam memimpin dan membimbing dunia dengan cahaya petunjuk Ilahi seperti peranan gemilang Mesir di kurun-kurun lampau.

Apabila Gaza, Palestin dikepung dari mendapat makanan dan ubat-ubatan sejak 2006, diserang oleh Israel pada 2008 dan terus menerus ditindas hingga kini, Mesir tidak membantu sebaliknya tunduk menurut apa yang dikehendaki oleh Israel melalui arahan Amerika. Di antaranya ialah menutup lebih ketat sempadannya dengan Gaza, membina tembok bawah tanah dengan keluli tahan lasak bagi menutup terowong-terowong dan kini membina tembok atas tanah. Begitu sekali ketundukan kita, umat kebenaran, di hadapan umat Barat!!

2. Negara Mesir yang begitu kaya dengan hasil bumi dan kedudukan strategik tidak dikecapi kekayaannya oleh kebanyakan rakyatnya melalui pengurusan kerajaan. Mereka yang hidup sederhana dan baik dari segi ekonomi adalah mereka yang bekerja sendiri.




“Kami ingin menganugerahkan orang-orang yang tertindas di muka bumi. Kami hendak menjadikan mereka imam-imam (pemimpin di tempat mereka). Kami hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (kepimpinan dunia). Kami meneguhkan mereka di muka bumi. Kami (hendak) memperlihatkan Firaun, Haaman dan tentera-tenteranya apa yang mereka takutkan (kebangkitan dan kekalahan)” (Al-Qasas : 5).

3. Seseorang itu mulia apabila dia hidup bebas, boleh membuat keputusan bebas dan terbaik untuk diri, keluarga dan umatnya demi kebaikannya di dunia dan akhirat. Ini termasuk kebebasan bersuara yang benar dan membina kepada sesiapa termasuk pemerintah, keadilan dalam sebarang pendakwaan ke atas dirinya “innocent unless proven guilty” dan lain-lain hak diri insan yang kemuncak ialah kebebasan dalam mendengar kempen di televisyen, menilai parti atau badan yang terbaik dan seterusnya kebebasan mengundi dalam pilihanraya. Kesemuanya tidak dikecapi di Mesir.

Mengimbas kembali,Pilihanraya Mesir 2005 diadakan dalam 3 pusingan, Pusingan 01 sangat bebas menyebabkan Ikhwan Muslimin akhirnya mendapat 88 dari 444 kerusi Parlimen, iaitu kira-kira 20%. Pusingan 02 dan 03 menyaksikan penipuan yang tiada tolok bandingnya. Namun setelah 5 tahun berlalu, “seruan demokrasi” oleh Amerika telah reda, Mesir kembali kepada sikap asalnya. Dalam Pilihanraya 2010 bulan November lalu, Ikhwan Muslimin tidak dimenangkan walaupun untuk mendapat 1 kerusi pun!! Di sini, rakyat merasa sangat tertipu dan dihina, lalu menyumbang kepada Intifadhah yang sedang kita saksikan.

Pendek kata jurang di antara pemerintah dan rakyat terlalu jauh, begitu juga jurang kekayaan di antara sebilangan kecil penduduk yang menikmati kekayaan hebat Mesir dengan kebanyakan penduduknya yang malang adalah juga sangat jauh.



Sehingga ke dekad atau kurun mana Yahudi, melalui Amerika dan negara-negara Barat, akan dapat memperkudakan pemimpin negara-negara Arab ? Masa depan umat Arab, seperti juga banyak umat Islam yang lain, adalah terletak pada umatnya, bukan pemerintahnya yang berkiblat Barat, terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.



Kantoi!! Begini akhbar utama Mesir, Al-Ahram, menyiarkan foto persidangan lima negara mengenai isu Palestin di kediaman Presiden Amerika, “White House” tahun lalu.

Masih Adakah Jalan Penyelesaian?

Sangat sukar untuk kita andaikan penyelesaian yang ideal akan dapat diambil. Yang paling munasabah ialah perubahan sistem daripada dictatorship atau sistem satu parti (syumuli) kepada sistem terbuka berbilang parti dan mengadakan pilihanraya yang bersih. Mubarak dan rejim lama harus berundur.

Namun masalahnya nanti ialah siapa yang akan mengganti? Di medan tiada siapa yang boleh menyaingi kekuatan Ikhwan. Jika diadakan pilihanraya yang bebas tentu Ikhwan akan dapat menguasai semua kerusi yang ia tandingi. Persoalannya adakah kuasa besar seperti Amerika dan Israel akan membenarkan Ikhwan sampai ke tampuk pemerintahan? Atau adakah Ikhwan sendiri pada perhintungan mereka bersedia untuk memikul tanggungjawab berat dan ancaman digagalkan?



Amerika dan Israel tentu sekali tidak akan membenarkan wujud kuasa yang mereka anggap akan mengancam kepentingan dan keselamatan mereka.
Dan daripada apa yang dapat difahami dari sifir Ikhwan dan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin mereka, Ikhwan tidak bersedia untuk itu. Ini kerana ia akan berhadapan menanggung beban ekonomi Mesir yang sangat berat dalam keadaan terpaksa menangani krisis pertembungan strategi yang langsung dengan kuasa besar dan kemungkinan dipulau sangat besar.

Jika diandaikan Ikhwan berfikir untuk menyanggupi tanggungjawab seperti itu ia perlu bantuan dari negara-negara jiran yang sanggup menyokong. Rasanya pemerintah yang sedia ada tidak akan menyokong Ikhwan. Sebab itu adalah satu munasabah Ikhwan di Mesir untuk peringkat ini tidak mencalonkan diri mereka ke jawatan presiden.
Antara cabaran besar Ikhwan untuk ke tampuk kuasa juga ialah hubungan dengan Israel. Tidak tergambar dalam fikiran bahawa Ikhwan akan meneruskan dasar sedia ada yang mengiktiraf Israel. Perubahan dasar itu akan merubah kedudukan Mesir dari negara sekutu kepada musuh yang mengancam. Jadi secara teorinya tiada pilihan ideal untuk Ikhwan. Untuk setakat ini penyelesaian terbaik bagi Ikhwan dan Mesir ialah kerajaan campuran yang luas yang tidak menampilkan Ikhwan sebagai pemain utama atau di barisan hadapan.

Namun ia adalah pendirian yang sangat tawadho’. Adakah gerakan Islam sekali lagi rela untuk membiarkan pegorbanan rakyat dituai oleh golongan sekular pro Barat? Ala kulli hal tidak akan ada penyelesaian mudah dan pergolakan akan terus berlaku. Adalah suatu yang tidak dapat ditolak kemungkinan gerakan Islam mengambil keputusan nekad untuk membuat perubahan total biar apa pun pengorbanan yang terpaksa dibuat.



Akhir sekali, krisis di mesir ketika ini harus menjadi iktibar dan pengajaran besar kepada kita semua sebagai rakyat Malaysia.Tidak mustahil apa yang kita lihat di mesir ketika ini berlaku di Malaysia. Justeru,pemimpin yang telus dan adil, dan rakyat yang bertanggungjawab merupakan kunci penting dalam menjamin keharmonian sesebuah Negara. Penerapan jati diri dan keperibadian unggul dalam diri kita merupakan langkah awal kearah masyarakat yang maju,berwawasan dan islami.

Ayuh!ambilah pelajaran,buatlah muhasabah diri.

Wallahu'alam bissowab


Rujukan dan link berkaitan krisis mesir:

http://www.dakwatuna.com

http://ustabdullahzaik.wordpress.com/
blog: Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,
Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

http://inijalanku.wordpress.com/
blog: Ustaz Abdul Halim Abdullah,
Naib Presiden I,
Ikatan Muslimin Malaysia

http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Muiz berkata...

"Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat, dan tidaklah (pula sama) orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal saleh dengan orang-orang yang durhaka. Sedikit sekali kamu mengambil pelajaran."[al-mu'min 40:58]

Muiz berkata...

Salam..berikut adelah senarai link rujukan yg berkaitan dgn isu semasa mengenai krisis dimesir,semua rujukan akan dipastikan keshahihan terlebih dahulu sebelum di muat naik di blog ini..

http://www.dakwatuna.com

http://ustabdullahzaik.wordpress.com/
blog: Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,
Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

http://inijalanku.wordpress.com/
blog: Ustaz Abdul Halim Abdullah,
Naib Presiden I,
Ikatan Muslimin Malaysia

http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com

peringatan,akhbar mahupun media massa bukanlah sumber rujukan utama dalam menganalisis krisis ini kerana ade sesetengah maklumatnya yang tidak benar,mengelirukan dan lebih pro pemerintah..

-harap maklum-
*sebarang musykillah harap dapat dikongsikan bersama..Wallahu'alam

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...