DevArt
"Maka berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan."
(al-Baqarah, 2 : 148)
..:: ما أحلى الدين الإسلامي ::..

Sifat orang kafir

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ ءَأَنْذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لا يُؤْمِنُونَ (٦(خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ (٧(



6. Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada Engkau beri amaran kepadanya atau Engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.

7. (dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa Yang amat besar.


Menurut riwayat yang sah,daripada Ibnu Abbas dua ayat tersebut telah turun kepada ketua-ketua Yahudi iaitu Haiyun ibnu Akhthob, Ka'ab bin al Asyraf serta pengikut-pengikutnya.


Sesungguhnya orang-orang kafir serta ingkar dengan ayat-ayat Allah dan Nabinya, adalah sama sahaja disisi mereka sekalipun diberi peringatan atau tidak. Hati mereka tidak terkesan dengan ancaman-ancaman yang diberikan kepada mereka. Ini kerana hati itu telah tertutup. Cahaya Ilahi tidak sampai padanya dan iman tidak terpancar dalamnya disebabkan mereka telah dibutakan oleh Allah untuk menerima kebenaran dan ayat-ayatNya. Maka, hidayah dan nasihat tidak dapat menembusi hati mereka.


Daripada sudut yang lain,kedua-dua ayat ini berperanan sebagai penghibur(penenang) bagi Rasul secara khususnya dan para pendakwah secara amnya terhadap tentangan daripada mereka tidak menerima dakwah mereka. Ia mesej dan pemberitahuan tentang punca tentangan dan keengganan mereka untuk menerima kebenaran. Keputusan dan hasil dakwah bukanlah perkara yang diharap sangat tetapi sejauh mana usaha dilakukan adalah lebih penting.


Termeterainya hati bermaksud tiadanya kesedaran terhadap perkara hak(kebenaran) dan pendengaran serta penglihatan telah dikaburkan daripada kebenaran. Ia juga bermaksud orang-orang kafir tidak memahami Alquran apabila ia dibaca atau bermaksud mereka tidak merenung ciptaan Allah.


Perkara ini berlaku bukan disebabkan kekurangan yang terdapat pada Alquran dan Rasulullah tetapi ia berpunca daripada mereka sendiri yang tidak mahu menerima dan menentang segala apa yang disampaikan oleh rasulullah.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...