DevArt
"Maka berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan."
(al-Baqarah, 2 : 148)
..:: ما أحلى الدين الإسلامي ::..

Sifat Orang Munafiq dan Balasan mereka

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ (٨)
يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ (٩)
فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ (١٠)

8. Dan di antara manusia ada Yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

9. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang Yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

10. Dalam hati mereka (golongan Yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

Setelah menceritakan hal keadaan dua golongan iaitu orang mukmin dan orang kafir, penceritaan berterusan dengan penerangan tentang ciri-ciri orang munafiq dan balasan yang dijanji kepada mereka.

Munafiqun adalah ancaman dan 'duri dalam daging' bagi orang Islam dari zaman Nabi sehingga sekarang. Mereka tidak senang melihat kemenangan yang dicapai orang mukmin dan sentiasa berusaha,merancang perkara buruk terhadap mereka.

Dalam ayat tersebut,Allah selaku penasihat utama bagi orang mukmin, mendedahkan karakter orang Munafiq. Ia sebagai satu langkah berjaga-jaga dalam menghadapi konspirasi mereka.

Pada ayat ke 8, Allah mendedahkan sifat pertama mereka iaitu mereka melafazkan keimanan mereka tetapi hati mereka penuh dengan kekufuran dan kesesatan. Ketua munafiq,Abdullah ibnu Ubai,mendakwa dia beriman. Walaubagaimanapun, Allah menolak dakwaannya itu.

Ibnu Abbas berkata yang dimaksudkan adalah orang munafik dari kabilah Aus dan kabilah Khazraj serta orang-orang yang mengikut mereka.

Melalui ayat ini Allah mengingatkan mu'min agar tidak terpengaruh dengan sikap luaran mereka dengan menerangkan sifat-sifat & ciri khas orang-orang munafiq.Perkara ini boleh menyebabkan kerosakan berpunca daripada sikap tidak berwaspada terhadap mereka.

Pada ayat ke-9,ciri-ciri munafik dijelaskan lagi iaitu mereka menipu Allah dan orang-orang mukmin dengan menzahirkan keimanan mereka pada lafaz. Walaubagaimanapun, batin penuh dengan kekufuran dan dengki terhadap orang-orang beriman. Lalu Allah menempelak orang munafik atas sangkaan mereka itu. Mereka tidaklah berjaya menipu Allah dan orang-orang beriman walhal mereka telah menipu diri mereka sendiri dengan keadaan mereka tidak menyedari perbuatan mereka itu.

Dari Ibnu Juraij,ayat bermaksud bahawa mereka menampakkan(mengatakan) kalimah tauhid dengan tujuan melindungi darah dan harta benda mereka padahal di dalam hati mereka bertentangan dengan apa yang mereka lafazkan.

Ayat ke-10 menerangkan sebab tindakan atau perlakuan mereka sebelum ini ialah keraguan yang ada dalam hati mereka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

tajuk artikel orang munafik dan balasan, tapi kat artikel tu takde tulis pun balasan orang munafik???zzzzzzzzzz..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...