RSS
DevArt
"Maka berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan."
(al-Baqarah, 2 : 148)
..:: ما أحلى الدين الإسلامي ::..

Perintah beribadah dan sebab-sebab mewajibkannya

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (٢١)الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ فَلا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَنْدَادًا وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ (٢٢)

21. Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu Yang telah menciptakan kamu dan orang-orang Yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

22. Dia lah Yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta Segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina Dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya Dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan Yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).

Huraian

Setelah menerangkan pecahan kumpulan manusia serta ciri-ciri mereka, Allah menyeru semua manusia untuk tunduk beribadat kepadaNya. Penggunaan perkataan يايها الناس merujuk kepada semua manusia yang terdapat di atas muka bumi ini.

Ibadah daripada sudut bahasa membawa maksud penyerahan dan sikap merendahkan diri. Daripada sudut istilah, Imam Ibnu Kathir menerangkan ibadah ialah mentauhidkan Allah dan beriltizam dengan syariatNya.

Daripada kedua-dua ayat ini, secara jelas kita dapat melihat antara sebab-sebab Allah menyuruhkan manusia untuk tunduk menyembahNya

  1. Dia telah menciptakan manusia semenjak daripada Nabi Adam
  2. Menciptakan bumi terbentang luas
  3. Menciptakan langit yang merupai bangunan yang kukuh
  4. Menurunkan hujan yang menumbuhkan tanaman dan menjadi rezeki kepada manusia
Allah sahajalah yang hanya patut disembah kerana Dia telah menciptakan manusia daripada tiada. Manusia sepatutnya menyembahkanNya sebagai tanda kesyukuran atas penciptaan mereka.

Selain itu,Allah menciptakan bumi sebagai kediaman, tempat tinggal untuk manusia. Perkara ini dikukuhkan lagi dengan penciptaan bumi dalam keadaan terbentang luas. Walaupun bumi sebenar dalam keadaan sfera, Allah mengurniakan nikmat graviti kepada manusia supaya mereka mudah berjalan,bergerak di atas muka bumi ini.

Tambahan pula, Allah menjadikan langit dalam keadaan kukuh di atas kepala manusia. Terbinanya langit tanpa memerlukan tiang dan sebarang sokongan untuk mengelakkannya runtuh menimpa manusia. Dengan adanya lapisan asmosfera, manusia & segala makhluk di bumi dilindungi daripada elemen yang boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.

Perintah supaya menyembahNya juga disebabkan Dia menurunkan nikmat hujan. Melalui hujan, tumbuh-tumbuhan dapat membesar dan memberikan hasil kepada manusia supaya mereka dapat terus hidup. Hasil tersebut adalah rezeki yang Allah berikan kepada manusia walaupun mereka tidak menyembahNya.

Sebagai penutup kepada perintah beribadah kepadaNya, Allah melarang manusia menyekutuNya.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...