DevArt
"Maka berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan."
(al-Baqarah, 2 : 148)
..:: ما أحلى الدين الإسلامي ::..

Superhero Muslim ?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

'bestnya kalau boleh terbang macam superman'
'dah besar nanti saya nak jadi spiderman. boleh tolong atuk saye amik kelapa'

Perkataan 'Superhero' amat simbolik terhadap masyarakat dunia sekarang terutamanya kanak-kanak. Mereka terpengaruh dengan karekter-karekter yang dicipta oleh pembuat-pembuat komik sehingga bercita-cita untuk mempunyai kuasa yang dimiliki oleh superhero-superhero. Apabila mereka meningkat besar, mereka baru menyedari bahawa imanigasi mereka telah diperalatkan supaya mendatangkan keuntungan kepada pihak-pihak tertentu.


Sedihnya, kanak-kanak zaman sekarang lebih mengenali nama-nama superhero rekaan barat dan jepang. Mereka menjawab 'tak tau' apabila ditanya tentang hero-hero islam seperti Saidina Umar, Saidina Ali, Salahuddin Al-Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fateh dan lain-lain lagi.

Saudara saudari pembaca,

Pada coretan ini, saya bukan hendak bercerita tentang 'superhero'. Cuma saya ingin berkongsi dengan antum sekalian tentang sebuah hadis sebagai renungan dan penghayatan kepada kita dalam menjalani kehidupan sebagai muslim & muslimah

عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال:

المسلمُ مَنْ سَلِمَ المسلمون مِنْ لِسانِهِ ويَدِهِ والمُهاجِرُ مَن هَجَرَ ما نَهَى الله عنه

"Orang Islam itu adalah orang yang muslim lain-lain (dalam keadaan)selamat daripada lidah & tangannya; dan orang berhijrah adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah"
(Bukhari)

Dalam hadis di atas, Rasulullah صلى الله عليه وسلم menerangkan 2 isi penting yang perlu ada pada seseorang muslim:
  1. menjaga lidah dan tangan
  2. hijrah batiniah
Hadis ini menyentuh aspek akhlak islamiah. Akhlak adalah perkara asas yang perlu ada pada muslim. Hadis ini menjelaskan salah satu kriteria seorang muslim yang menonjolkan keislamannya. Mereka mampu menyelamatkan muslimin daripada bencana disebabkan tangan-tangan zalim dan ucapan lidah-lidah jahat. Ia juga pendorong kepada kita untuk berperilaku baik dan berbudi baik kepada sesama muslim. Secara tidak langsung, kita berlaku baik kepada Tuhan.

Sekiranya kita melihat situasi/realiti sekarang, manusia menghadapi krisis akhlak dan perlakuan. Perkara ini disebabkan mereka tidak mengawal ucapan dan perbuatan mereka.

Kerana mulut,badan binasa
Sejarah sudah menunjukkan bahawa manusia jatuh disebabkan mereka tidak menjaga/mengawal ucapan mereka.
Manusia-manusia angkuh yang main lepas ketika berkata tanpa berfikir dahulu mencetuskan konflik manusia sepanjang masa. Kerana mulut, keluarga pecah belah. Negara huru hara. Konflik peperangan tercetus.

Saudara saudari pembaca,

Seorang muslim juga seharusnya menjaga perbuatan mereka daripada menindas orang lain. Tangan-tangan mereka ini sepatutnya digunakan untuk membawa kebaikan kepada orang lain.
Alangkah sedihnya, kezaliman dan kejahatan berlaku secara berleluasa seperti penindasan, pembunuhan, kecurian dan peperangan disebabkan mereka tidak menyedari hakikat sebenar kegunaan tangan-tangan mereka yang dianugerahkan oleh Allah.

Selain itu, hadis ini juga menyentuh kepada aspek hijrah batiniah. Secara ringkasnya, hijrah boleh dibahagikan kepada 2 jenis:
  1. Hijrah zhahiriah: meninggalkan sesuatu tempat untuk menghindari fitnah demi mempertahankan agama.
  2. Hijrah batiniah : meninggalkan perbuatan yang dibisikkan oleh nafsu amarah dan syaitan.
Kesimpulannya, Islam menyeru kita semua untuk menjaga ucapan dan perbuatan serta menjauhi daripada segala larangan allah.

Apa yang saya ingin kaitkan dengan superhero disini adalah kandungan hadis tadi.
ANDA BOLEH JADI SUPERHERO SEBENAR KALAU ANDA MEMPUNYAI SIFAT-SIFAT YANG DITERANGKAN PADA HADIS TERSEBUT.

Selamat beramal ;)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...