RSS
DevArt
"Maka berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan."
(al-Baqarah, 2 : 148)
..:: ما أحلى الدين الإسلامي ::..

Dilema Melayu Islam (Melayu Sepakat Islam Berdaulat) -Bahagian 1



Alhamdulillah,setelah menghadiri konvensyen memperingati 500tahun kejatuhan empayar melayu Islam Melaka,tertarik rasanya untuk memperbincangkan mengenai isu ini bersumberkan dengan sedikit pembacaan dan rujukan.

Bahagian pertama siri ini membahaskan tentang pengenalan kepada perjuangan islam melayu dan permasalahan yang di hadapi orang melayu.




Perjuangan Islam atau melayu?

Persoalan mengenai kita harus menjadi pejuang agama atau pejuang bangsa,merperjuangkan islam dahulu kemudian baru Melayu ataupun memperjuangkan melayu dahulu baru islam acap kali digembar-gemburkan dan membayangi diri kita dalam mencapai agenda bangsa melayu. Justeru, minda kita harus dibuka seluas-luasnya dalam melihat persoalan ini tatkala ramai yang berpendapat perjuangan islam sifatnya adalah lebih global berbanding perjuangan melayu yang bersifat sempit.

Terlepas daripada pola berfikir berasaskan diri dan puak, kita sepatutnya boleh melihat persoalan ini dari dimensi yang lebih harmoni dan realiti. Hakikatnya,dalam konteks negara Malaysia,hubungan Islam dan Melayu sebenarnya sangat sinonim. Mari kita lihat definisi melayu itu sendiri,menampilkan tiga ciri asas yakni beragama islam,bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan istiadat budaya melayu.

Jadi ini dengan sendiri meletakkan Islam sebagai satu ciri dalam jati diri melayu. Dengan kata yang lain, jika seseorang “membuang” Islamnya,maka secara automatik dikatakan hilang bukan sahaja nilai-nilai keislamannya tetapi juga sifat-sifat kemelayuannya.

Oleh yang demikian, tidak kira yang mana dahulu,sama ada memperjuangkan Islam dahulu atau melayu dahulu, hakikatnya sasaran perjuangan kita adalah sama seumpama orang islam yang berbangsa melayu atau orang melayu yang beragama islam,hakikatnya kedua-duanya adalah betul dan sama. Tidak kiralah perjuangan kelompok mana yang akan berjaya,maka orang melayu islam juga yang akan dapat manfaatnya.


Masalah Orang Melayu,di mana silapnya?

Dua faktor yang merungkai permasalah orang melayu adalah:

1)faktor luaran-yang terhasil oleh persaingan yang terlalu sengit dan persekitaran yang tidak kondusif.
2)faktor dalaman-berpunca daripada faktor manusia (human factor)

Untuk menyelesaikan sesuatu masalah adalah lebih baik ditumpukan kepada soal dalaman (circle of control) justeru ia akan membawa kepada langkah penyelesaian yang bersikap proaktif daripada terus menyalahkan soal luaran(circle of concern) yang bersikap reaktif.

Jadi,orang melayu mesti melihat ke dalam diri mereka sendiri dengan melakukan penilaian, muhasabah dan tindakan pembetulan jika ingin menyelesaikan masalah mereka.

Telah banyak forum,kuliah,ceramah dan bahan-bahan didikan yang bermesej islam,pendakwah,kumpulan nasyid,produk islamik,program berunsur islam muncul di tengah masyarakat. Tetapi anehnya, masalah sosial dan keruntuhan moral juga semakin bertambah. Media pornografi, sumbang mahram, dadah,buang bayi, dan macam-macam lagi gejala negatif tumbuh seperti cendawan selepas hujan.malah juaranya adalah melayu,itulah hakikat walaupun pahit untuk diluahkan.


Tersilap Mendiagnosis Punca?


Apabila penawar sesuatu permasalahan itu dilihat pada pucuknya,sedangkan masalah sebenar terletak pada akarnya,dengan itu penawar yang kita pilih sudah tidak berkesan lagi. Jika orang melayu ingin menyelesaikan masalah rohaniah dan material, mereka mestilah terlebih dahulu mengenalpasti soal-soal yang berkaitan dengan ilmu,kemahiran, maklumat dan sikap.

Antara keempat-empat faktor ini, sikap merupakan elemen yang paling dominan berbanding dengan elemen-elemen yang lain(menurut kajian Harvard Business School dan disokong oleh Prof. Dr. Thomas Barry).Sikap merupakan tenaga penggerak dalam jiwa yang memainkan peranan dalam pembentukan tingkah laku di tiga perihal penting yakni personal, interpersonal dan profesyen seseorang. Justeru,pertama sekali kita harus mengubah sikap kita sendiri dalam mendepani era globalisasi masa kini agar jati diri orang melayu itu sendiri tidak hilang dek zaman. Dan sikap yang sebagaimana yang harus dipupuk dalam diri kita mestilah selaras dengan ajaran islam yakni berpandukan al-quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Sebagai contoh sikap amanah,rajin,ikhlas dalam amal,sabar,berkerjasama,dan sebagainya yang menjadikan keperibadian orang melayu itu sendiri sangat hebat.


Silap methodnya dan salah strateginya

Kita gemar menggunakan yang lahir untuk mengawal yang batin. Sedangkan hakikat manusia itu bukan lahiriahnya tetapi batinnya iaitu akal,hati,perasaan dan nafsunya. Jika hari ini kita mengatakan orang melayu telah luntur nilai dan jati diri kemelayuannya,oleh itu kita harus memikirkan methodologi yang tepat dalam menanam semula soal nilai dan jati diri dalam generasi kita.bagaimana hendak mengajar tentang nilai jujur,sabar,syukur,amanah integriti dan sebagainya dalam masyarakat melayu .Jarang-jarang kita cuba menyelami dan mengenal diri manusia,melihat dengan mata hati ke dalam akar dirinya. Apakah sebenarnya yang mengawal perlakuannya? Dan apakah hakikat manusia itu?

Akhir sekali,memperjuangkan agama dan bangsa merupakan titik permulaan dalam membina sebuah empayar islam yang hebat.Pemahaman yang jitu serta perubahan diri perlu senanatiasa kita utamakan dalam memastikan agenda ini mencapai sasaran dan matlamatnya.Oleh itu, Setiap dari kita harus sedar bahawasanya sejarah yang lampau telah mengajar kita banyak intipati penting supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama.


Insyaallah,siri kedua tajuk ini akan membincangkan mengenai bagaimana untuk mendaulatkan agama islam,dan memartabatkan bangsa melayu dari sudut peranan kita sendiri.Moga dipermudahkan urusan oleh Allah swt.

Rujukan Asal:
1)Buku Dilema melayu islam? Kurang fikir atau kurang zikir karangan Pahrol Mohamad Juoi
2)Kertas kerja pembentangan konvensyen memperingati 500 tahun kejtuhan empayar melayu islam melaka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...