بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Manusia kini memperkenalkan satu istilah yang bertujuan menilai tahap prestasi kerja mereka yang dikenali sebagai "Key Performance Indicator" (KPI). Namun, sebahagian orang Islam tidak mengetahui bahawa Allah sudah lama meletakkan KPI yang melayakkan seseorang digelarkan sebagai orang yang beriman. Dalam Alquran, banyak ayat yang menyentuh topik ini. Antaranya, 5 ayat terawal daripada surah Al-baqarah. Mari kita mentadabbur ayat-ayat tersebut. الم (١) Alif, Laam, Miim. Allah membuka surah dengan huruf-huruf muqataah,bertujuan memberi peringatan tentang sifat Alquran dan menunjukkan mukjizatnya serta cabaran untuk mengadakan surah yang paling pendek sepertinya. Selain itu, ia adalah satu pengukuhan bahawa Kalamullah tidak menyerupai kata-kata manusia biasa. ذَلِكَ الْكِتَابُ لا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (٢) Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa; Pada ayat ini,Allah menyifatkan Alquran dengan 3 ciri iaitu : الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (٣)وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (٤)أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (٥) Iaitu orang-orang Yang beriman kepada perkara-perkara Yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang Yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" Yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab Yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).Mereka itulah Yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang Yang berjaya. Kemudian, Allah menjelaskan 4 sifat orang-orang bertaqwa yang mengambil faedah dari Alquran. Mereka adalah orang yang beriman dan membenarkan perkara-perkara ghaib seperti hari kebangkitan, hari Hisab, titian Sirat, syurga, neraka dan lain-lain lagi. Mereka tidak hanya terhenti pada perkara yang boleh dilihat yang diketahui oleh akal. Bahkan, mereka mengetahui bahawa wujud benda-benda daripada alam-alam lain seperti roh,jin dan malaikat. Mereka juga menunaikan solat dengan sempurna daripada segi syaratnya, rukunnya, adabnya dan kekhusyukkannya. Solat tanpa khusyuk, tumpuan pada bacaan-bacaannya dan rasa takut kepada Allah seperti jasad yang tiada roh padanya. Solat amatlah penting dalam membina diri kerana ia adalah tiang agama Mereka juga membelanjakan sebahagian harta untuk perkara-perkara baik melalui sedekah dan zakat. Maka, segala kemewahan dimiliki untuk segala manusia dan bersihlah harta daripada perkara syubhat. Melalui zakat, terbinalah masyarakat kerana ia asas kemajuan dan kebahagiaan umat. Selain itu, mereka beriman dengan segala yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad serta seluruh para nabi dan rasul. Malah, mereka mempercayai akan adanya hari qiamat yang padanya berlaku kebangkitan jasad-jasad dan ruh-ruh dari kubur. Dengan adanya sifat-sifat tersebut,seseorang layak untuk mendapat hidayah dan petunjuk daripada Allah seterusnya menjadikannya berjaya dunia dan akhirat. Renungkanlah.
والله أعلم بالصواب
Renew Roadtax / Cukai Jalan & Insurans
5 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan