DevArt
"Maka berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan."
(al-Baqarah, 2 : 148)
..:: ما أحلى الدين الإسلامي ::..

Terkini di Palestine

Israel akan meratakan 22 rumah Palestin di Baitulmuqaddis untuk membina taman

Sabtu ,16/10/2010 – Dewan bandaraya di Baitulmuqaddis yang diduduki Israel meluluskan rancangan untuk membina taman Yahudi baru di kawasan yang menempatkan 22 rumah Palestin di daerah Al-Bustan yang bakal diruntuhkan.
Dalam suepucuk surat yang diserahkan kepada perdana menteri Israel, Datuk Bandar, Nir Barakat meminta Benjamin Netanyahu untuk meluluskan rancangan ini dan mencadangkan pelancaran tiga projek awam untuk penduduk Israel di empat kawasan Palestin yang lain di Baitulmuqaddis timur.
Dewan bandaraya berniat untuk melaksanakan rancangan tersebut Jun lalu, tapi dikecam oleh Palestin dan masyarakat antarabangsa yang membuatkan Netanyahu membekukan projek taman tersebut.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

 

Kerajaan pimpinan Haneyya kritik kenyataan Abedrabbo

Sabtu ,16/10/2010 - Jurucakap kerajaan Palestin, Taher al-Nunu mengkritik hebat Yasser Abedrabbo, Setiausaha Agung Organisasi Pembebasan Palestin (PLO) yang membuat kenyataan kesediaannya mengiktiraf kewujudan kerajaan Yahudi.
Menurut Nunu, kenyataan Abedrabbo itu adalah bertentangan dengan ikrar Palestin dan kehendak rakyatnya serta boleh dianggap sebagai menikam dari belakang rakyat Palestin yang tinggal di kem-kem pelarian dan wilayah pendudukan rejim Zionis sejak 1948.
Tambah Nunu lagi, kenyataan terbaru ini mengesahkan lagi dakwaan Hamas bahawa barisan pemimpin PLO tidak boleh diberi amanah melaksanakan kepentingan rakyat Palestin ataupun mendukung aspirasi mereka, suatu yang menyebabkan perlunya menstruktur semula PLO supaya kembali kepada kepentingan rakyat dan negara Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/


Tentera rejim Zionis merayu mahkamah lanjutkan penahanan seorang remaja Palestin

Sabtu ,16/10/2010 - Mahkamah rayuan tentera rejim Zionis (IOF) pada Selasa lepas meluluskan rayuan yang dibuat oleh pihak pendakwaraya IOF, sekaligus menafikan perintah terdahulu yang dibuat oleh mahkamah tentera yang membebaskan seorang remaja lelaki Palestin berusia 15 tahun yang ditahan di penjara rejim Zionis.
Peguam Jawad Buloos, ketua unit undang-undang di bawah Persatuan Tahanan Penjara Palestin memaklumkan bahawa kes itu bermula pada 27 September apabila IOF menangkap Sayel Abu Quaider, 15, berhampiran sekolahnya di al-Khalil atas tudahan membaling batu ke arah anggota IOF.
Remaja terbabit menafikan dakwaan itu tetapi pihak IOF mendakwa bahawa remaja terbabit telah membaling seketul batu dan hanya berdasarkan kenyataan
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...