
Assalamu'alaikum..~ Salam ukhuwwah..~ Salam mahabbah..~ (^_^)
Menurut Imam Al-Ghazali,tanda-tanda lidah yang kotor adalah :
Kata imam al-Ghazali “Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran,Jika kau tidak temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat.Jika tidak ,carilah ia ketika duduk tafakur mengingati mati.Jika kau tidak ketemu juga,maka berdoalah kepada Allah pintu hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati”.
Renungan buatmu wahai diri,,
Pada beberapa ketika,diri ini sering citakan perubahan baik dari segi jasmani mahupun rohani dengan tekad yg tinggi. Apabila berlalu 1 tempoh masa,diri ini sepertimana sediakala.tatkala datang 1 peristiwa yang memberi tamparan hebat kepada diri, ketika itulah diri merasa perlunya berubah. Selang beberapa ketika, diri kembali seperti sebelumnya,diri yang lalai lagi leka dengan buaian duniawi serta komitmen kerja yang hancur dengan keutamaan yang diabaikan,baik duniawi mahupun ukhrawi..
..Adakah sanggup biarkan diri sedemikian rupa dengan hanya menunggu masa untuk berubah? Atau,tegarkan berpaling dari jalan yang benar hanya berkeinginan kepada dunia yang juga kampung penipuan??Sedarkan engkau wahai diri,tidaklah engkau kcuali makhluk pencipta yang diamanahkan yang memegang tampuk khilafah di muka bumi yg sementara ini.Engkaulah juga yang menghendaki amanah itu,yang mana tak sanggup dipikulnya makhluk-makhluk yang lain, ttapi..apa yang telah engkau lakukan??engkaulah yang merosakkan ala mini dengan tangan-tanganmu. Pencemaran, kemusnahan, pertumpahan darah, pembunuhan jiwa-jiwa yang tidak berdosa telah engkau lakukan..
..Sedarkah engkau bahawa jasad yang kau miliki,nikmat pancaindera yang kau kecapi,hanyalah pinjaman semata. Engkau tiada apa-apa. Jikalau tak dikirimkan ruh,engkau tidak ubah seperti pokok-pokok yang ditebang.lihatlah engkau akan jasad yang dikuburkan, itulah yang bakal kau susuri suatu masa nanti.tidakkah engkau takut akan azab neraka Tuhanmu yang mana kesakitannya, keperitannya, kedahsyatannya serta ketakutan tidak pernah engkau bayangkan dalam isi fikiranmu??..
..Yakinlah bahawa setiap kesusahan itu, terselit padanya kemudahan & sebaliknya. Hakikatnya, masih panjang lagi destinasi yang perlu dituju. Teruskan berjuang meskipun jalan yang dilalui penuh dengan onak dan duri, dipancari sinaran terik matahari, diwarnai dengan caci dan maki. Jikalau perlu, berjuanglah hingga terbayar jiwamu dengan syurga-Nya yang kekal abadi..
..Ketahuilah bahawa Dialah Sang Pencipta yang menjadikan segala yang tak mungkin kepada mungkin terjadi dan sebaliknya..Janganlah nafsu dipertuankan, akal diutamakan, panduan hidup yang penuh hikmah, juga rahmat seluruh alam diabaikan. Sebaliknya kembali kepada fitrah kerana di situlah wujudnya cinta yang kekal abadi,bukan berbelah bagi lagi diragui,iaitu cinta Ilahi..
..Ketahuilah, bahawa diri ini diilhami dengan 2 jalan, iaitu taqwa dan binasa. Tentukanlah pilihan melalui pertimbangan akal yang sihat, bukan keparat. Mudah-mudahan karya seni perjuangan serta tenaga padumu dipersembahkan di jalan ini, jalan dakwah yang tidak kenal erti lelah dan jemu serta keadaan yang serba tidak menentu.moga diri sentiasa bernaung di bawah redho Ilahi.
~Amin~
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah[845] dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”.(An nahl:125) |
[845]. Hikmah: ialah perkataan yang tegas dan benar yang dapat membedakan antara yang hak dengan yang bathil. |
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu
Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu
Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu
Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati
Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani..